CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-61, Ini 9 Perkara Menarik Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

22-3-2019 07:11 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8734| Komen: 11|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Berikutan insiden pencemaran kimia yang berlaku di Pasir Gudang baru-baru ini, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Iskandar mengambil keputusan untuk membatalkan dua acara sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda yang dijadualkan pada 24 dan 25 Mac.



Kredit foto: Carian Google


Acara yang dibatalkan itu ialah  Majlis Jamuan Negeri dan Majlis Jamuan Teh. Keputusan itu turut diumumkan dalam Instagram rasmi Baginda. Keputusan dibuat Baginda demi rakyat yang masih lagi bersedih dan sengsara.



Kredit foto: Carian Google


Sempena sambutan Keputeraan Baginda yang ke-61, berikut 9 fakta berkaitan dipetik dari Wikipedia yang mungkin anda belum tahu;


1. DYMM Sultan Ibrahim diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Baginda ialah putera sulung kepada Sultan Iskandar dan permaisuri pertamanya, Josephine Ruby Trevorrow, wanita Inggeris yang memeluk Islam dengan nama Kalsom binti Abdullah.


2. Tunku Ibrahim Ismail dihantar oleh ayahandanya meneruskan pengajian menengah di Trinity Grammar School, Sydney, Australia dari tahun 1968 hingga 1970. Baginda kemudian menyambung pengajian dalam bidang Ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA),  Fort Benning, Georgia dan  Fort Bragg, North Carolina di Amerika Syarikat.


3. Baginda dilantik memangku dan seterusnya menaiki takhta Sultan pada 23 Januari 2010, selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar pada malam sebelumnya.


Kredit Foto: Twitter / Harian Metro



4. Baginda dimahsyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Mac 2015. Mulai tahun tersebut negeri Johor telah mengumumkan tarikh itu sebagai Hari Keputeraan Rasmi Baginda sebagai cuti umum menggantikan tarikh kelahiran sebenar Baginda pada 22 November.


5. Baginda dikenali ramai sebagai Sultan yang sederhana dan pernah menegur pengaruh Arab yang meresap dalam budaya Muslim Malaysia. Walaupun satu-satunya Sultan tanpa pendidikan Universiti, Baginda mempunyai minat yang tinggi dalam menggalakkan pendidikan berkualiti untuk rakyat jelatanya.


6. Baginda diijabkabulkan pada tahun 1982 dengan DYMM Raja Zarith Sofia,  puteri sulung kepada Sultan Perak, Sultan Idris Shah II dan dikurniakan 6 orang cahayamata iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar , Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Idris Iskandar, Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar. 


7. Sultan Ibrahim pernah mengeluarkan beberapa perintah utama antaranya penukaran cuti hujung minggu dari Sabtu/Ahad ke Jumaat/Sabtu, perubahan nama daerah, pengharaman vape dan pengharaman papan tanda saiz besar. 


Kredit foto: Carian Google



8. Baginda mempunyai minat mendalam dengan nombor plat kereta yang unik. Pada Mei 2012, Baginda berjaya membida plat WWW 1 dengan harga RM520,000 dan plat W1N pada tahun Januari 2014 dengan harga RM748,000.


Kredit Foto: Twitter



9. Walaupun menerima elaun sebanyak RM27,000 sebulan, Baginda menunjukkan minat mendalam dalam perniagaan termasuk pelaburan dalam syarikat Redtone, MOL AccessPortal, RedTone International, 7-Eleven Malaysia, Umobile , Berjaya Time Square dan beberapa lagi pelaburan hartanah.


Menjunjung kasih, Tuanku! Semoga dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang. - CARI 

4

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 22-3-2019 07:45 PM
Selepas Sultan Pahang, Baginda yang akan ambil giliran DYMM YDPA kan?
Quote afidahhb 22-3-2019 09:03 PM
Parking semua kereta sultan johor dewan sebesar padang bola woooo.. ke besar lagi.. {:good
Quote Andyscenes 22-3-2019 09:22 PM
Sang_Pencinta replied at 22-3-2019 07:45 PM
Selepas Sultan Pahang, Baginda yang akan ambil giliran DYMM YDPA kan?

Dorg mmg da berpakat. Aku nak je sultan perak jd agung
Quote disneyrecess 22-3-2019 10:24 PM
Nak lembor mulut komen sedap tekak xleh al sultan gituuu tp ai sukaa nau raja perak!
Quote Orix 23-3-2019 01:18 AM
Lah bru tahu SJ xde tertiary education. Patut la TMJ pun ohhhh sedihhh...... the only sultan lak tu yg xde tertiary education.... aiyohh...
Quote CharlesDera 23-3-2019 01:26 AM
Orix replied at 23-3-2019 01:18 AM
Lah bru tahu SJ xde tertiary education. Patut la TMJ pun ohhhh sedihhh...... the only sultan lak tu  ...

tak dak education takpa...jangan jadi penduboq lgbt macam juborix...nak membiak guna lubang depan..bukan lubang belakang, bukan sesama jantina......betui dak...wakakakakakakkakakaka
Quote Sang_Pencinta 23-3-2019 07:27 AM
Orix replied at 23-3-2019 01:18 AM
Lah bru tahu SJ xde tertiary education. Patut la TMJ pun ohhhh sedihhh...... the only sultan lak tu  ...

TMJ kalau bercakap nampak educatedlah sikit
Quote Themilo 23-3-2019 11:18 AM
afidahhb replied at 22-3-2019 01:03 PM
Parking semua kereta sultan johor dewan sebesar padang bola woooo.. ke besar lagi.. {:good

tuanku ada garaj / workshop di luar istana yach! dulu meols selalu nampak kereta-kereta tuanku lalu-lalang depan opis meols. tapi sekarang, sejak meols dah kena pindah workstation, tak nampak lagi kelibat kereta-kereta tuanku
Quote zorrro_03 24-3-2019 01:43 PM
DAULAT TUANKU.  Semoga Raja-Raja Melayu kekal di singgahsana selagi ada bulan dan bintang.  Kami rakyat jelata akan pastikan kedaulatan Raja2 Melayu dipertahankan.  
Quote Snowhazy 27-3-2019 06:18 PM
Takde education level tinggi takpe..asal jadi pemimpin yg adil
Quote selipar_hijau 27-3-2019 06:47 PM
Point no.5 tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060424 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top