CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Lari Rumah Tak Tahan 'Dilahap' Abang

22-3-2019 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4250| Komen: 19

Remaja perempuan nekad lari dari rumah kerana tidak tahan menjadi pemuas nafsu abang kandungnya sejak lima tahun lalu sebelum membuat laporan polis.

Harian Metro melaporkan, abang sulung mangsa berusia 26 tahun itu bukan saja merogol dan meliwat remaja terbabit, malah dia mula mencabul adiknya itu ketika mangsa berusia 11 tahun.



Gambar Hiasan

Tidak tahan menjadi mangsa seksual abangnya, mangsa bertindak melarikan diri dari rumahnya dan ke rumah ibu saudara di Slim River jam 10.40 pagi, semalam sebelum melaporkan kejadian di balai polis jam 12.45 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati dia yatim piatu dan tinggal bersama tiga abang di rumah sewa di Tapah. 

"Dia mendakwa sering dikongkong oleh abang sulung dan turut diberhentikan sekolah tanpa sebab," kata Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail.


Tambahnya, mangsa mendakwa di awal kejadian, dia hanya dicabul dan tidak dirogol.

“Pada 2017, ketika berusia 14 tahun, mangsa mendakwa dirogol dan diliwat dengan kejadian terbaharu pada Jumaat minggu lalu,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi.

Difahamkan, ketika kejadian, dua lagi abangnya tiada di rumah dan mangsa mendiamkan diri kerana diugut tidak akan diberi makan dan duit belanja.

Mangsa diperiksa di Hospital Slim River sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut.

Susulan laporan dibuat mangsa, suspek yang juga kelindan lori ditahan dan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk perintah tahanan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan. - CARI
1

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 22-3-2019 12:14 PM
B*bi sangat perangai.... cian ler budak tu..
da ler yatim piatu... lepas tu di berhentikan sekolah pulak....
Quote intan_smsb 22-3-2019 12:15 PM
eloklah kau lari dik

harapkan pagar, pagar makan padi
Quote nisako 22-3-2019 12:19 PM
jahat gilo abg dia ni..........
Quote undukngadau 22-3-2019 12:19 PM
p mampos la abgnya tu..
Quote prettyuglybabe 22-3-2019 12:41 PM
tak guna punya abang..
semoga mampus digelek lori..
Quote ikanmasin 22-3-2019 01:00 PM
harapkan abg sendiri tp abg sendri yg jahat..nsb baik dpt lari jg..
Quote puccafan 22-3-2019 01:45 PM
May u rot in hell (abang tu)
Quote Qifaqifa 22-3-2019 01:55 PM
melampau abgnya...baik adiknya lari...
kesian dahla anak yatim piatu...
Quote sang_kuriang 22-3-2019 02:50 PM
Semoga si abg pelakunya mendapat balasan yg setimpal..Ameennnn
Quote leylapple 22-3-2019 02:59 PM
abang gila ker tu? adik sendiri ko bantai.... ko liwat lagi budak tu... dahla seawal umur 11 thn...

sekolah pun ko tak bagi adik ko pegi.... ko ingat adik ko tu pompuan simpanan ker wey?

abg mcm nie, selayaknya ditembak bertubi2 di kepala... entah2 penagih dadah...

tempel muka mamat nie merata2... supaya takder sorang pun yang nak berlaki kan dia

jgn membiak nanti... kang anak sendiri ko kerjakan...
Quote shernazz 22-3-2019 03:01 PM
Harap lobang punggung abang tu diliwat sampai buasir oleh penghuni jail..
Quote diss69 23-3-2019 12:21 AM
Org mcm ni patut kena tembak..
Quote slavehunter 23-3-2019 12:54 AM
Tak kesian ker kat arwah mak bapak dalam kubur....aniaya adik kecik pulak.
Quote akakmasihvogue 23-3-2019 01:45 AM
Kuat dugaan adik ni...semoga diberi kekuatan
Quote clarizsa 23-3-2019 03:30 AM
Kesiannyaaa
5 tahun terseksa
Mujur berjaya lari akhirnyaaa

Celaka punya perogol peliwat adik sndri
Quote Malaysia.Doom 23-3-2019 10:52 AM
Melayu la tu...bangsa apa yg sembang Agama tapi belakang buat jahat.
Quote umm4amr 23-3-2019 12:33 PM
Org yg buat ni..tak de agama, tuhan dia adalah nafsu dia..
Quote onexox97 23-3-2019 12:49 PM
Siyannya buat anak yatim piatu cam gitu
Quote felinecat 23-3-2019 01:09 PM
kesiannya, kalau kes mcm ni, putus keluarga pon sanggup. nasib baik berani lari.kat mane la adik ni berteduh sekarang

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.059918 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top