Pelajar sebuah universiti di wilayah Henan, China bimbang kerana diberi tugasan kelas yang pelik di mana mereka diminta menambah ratusan kenalan WeChat dalam masa singkat atau gagal subjek berkenaan.
Menurut Shanghaiist, pelajar Universiti Ekonomi dan Undang-undang yang mendaftar kursus New Media (Media Baru) mendakwa sebanyak 30 peratus daripada markah mereka akan ditentukan oleh jumlah rakan WeChat yang diperolehi. 1,001 rakan baru akan menjamin markah lulus, manakala 1,667 rakan baru akan memberi mereka markah sempurna untuk tugasan berkenaan dan mereka diberi masa dua minggu untuk menyelesaikannya. Difahamkan, mereka perlu menjelaskan menerusi kumpulan WeChat kelas bagaimana mereka melaksanakan tugasan itu untuk memperolehi rakan baru. Ramai yang panik kerana harus meyakinkan beratus pengguna untuk berteman dengan mereka di WeChat hingga mereka memutuskan untuk mengadu di media sosial berhubung tugasan berkenaan.
Dalam laporan Pear Video, salah seorang pelajar terbabit mendakwa sepanjang beberapa tahun menggunakan aplikasi sembang berkenaan, bilangan rakan WeChatnya baru mencecah 100 orang dan dia tidak tahu bagaimana untuk menambah bilangan itu. Sementara itu, salah seorang pensyarah di jabatan berkenaan mempertahankan tindakan pengajar memberi tugasan sedemikian kepada pelajar adalah untuk mengajar mereka cara untuk memperluaskan rangkaian sosial dan melibatkan diri dengan aktif di media sosial bagi memudahkan mereka mencari peluang pekerjaan dalam talian. - CARI
|
untuk mengajar mereka cara untuk memperluaskan rangkaian sosial dan melibatkan diri dengan aktif di media sosial bagi memudahkan mereka mencari peluang pekerjaan dalam talian
ADVERTISEMENT