Panggilan manja Datuk Siti Nurhaliza (Tok Ti) kepada anak kesayangannya, Siti Aafiyah Khalid baru-baru in menjadi popular dan sebutan di kalangan peminat penyanyi nombor satu negara itu sehinggakan ada yang mempersoalkan mengapa ianya mendapat perhatian yang berlebihan daripada media.
Sungguhpun panggilan tersebut merupakan sesuatu yang biasa bagi Tok Ti, namun kerana ajukan pengacara Sherry Alhadad semasa mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 pada bulan lepas ianya semakin menjadi ikutan dan sinonim dengan Tok Ti. Namun, ada yang merasa kurang senang dan merasakan yang ungkapan tersebut terlalu diperbesarkan dan menyalahkan Tok Ti bagaikan dia seorang sahaja yang mempunyai anak. Seorang individu melalui akaun Twitter bagaimanapun meluahkan rasa kecewa dengan sikap individu yang seolah-olah menyalahkan Tok Ti ekoran tular nya panggilan manja Aafiyah itu. "Masyarakat kita (netizen) semakin 'sakit' hari demi hari," tulis individu tersebut di laman Twitter yang turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut. Berfikiran cetek sehingga mengambil perkara tersebut secara serius dan bukannya dalam konteks hiburan... Bukan salah Tok Ti, media yang melebih-lebih.. Apa pun, sememangnya ianya bukan salah Tok Ti panggilan tersebut diperbesarkan dan menjadi. Namun, mungkin kerana intonasi dan lenggok Tok Ti semasa mengungkapkan panggilan tersebut unik dan keibuan, membuatkan ianya menjadi ikutan dan melekat di hati ramai. -CARI
|
ADVERTISEMENT