Hari ini, wanita-wanita New Zealand menyambut Hari Hijab Kebangsaan dengan memakai selendang atau skaf sebagai tanda solidariti terhadap tragedi Christchurch yang berlaku pada minggu lepas. Hari ini juga New Zealand telah mencipta sejarah dengan menyiarkan solat Jumaat secara langsung buat pertama kalinya. National Scarf Day Menerusi hastag #theyareus, #nationalscarfday, #headscarfforharmony, #newzealad dan #scarfsofsolidarity di Instagram dan Twitter, dapat dilihat ramai wanita bukan Islam berkongsi gambar mereka memakai skaf bagi memberi sokongan kepada Muslim seluruh dunia.
Ribuan Hadir Solat Jumaat Selain memakai skarf, penduduk NZ juga menghadiri dan melihat sesi solat Jumaat yang disiarkan secara langsung di Hagley Park hari ini, yang terletak berhadapan dengan Masjid Al Noor. Turut hadir ialah Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang sama-sama mendengar khutbah dari Imam Masjid Al-Noor, Imam Gamal Fouda. Ardern turut memberi sedikit ucapan yang dimulai dengan hadith Nabi s.a.w. "Nabi Muhammad s.a.w bersabda, 'Kaum mukmin dalam sikap baik, belas ikhsan dan simpati, seumpama satu tubuh, jika satu anggota badan sakit, maka seluruh tubuh berasa sakit'. New Zealand berkabung bersama kamu, kita semua adalah satu," katanya sebelum solat Jumaat dimulakan. Melalui khutbah, Imam Gamal menyeru agar pemimpin-pemimpin negara bersatu menentang ungkapan kebencian (hate speech). Beliau yang juga salah seorang mangsa yang terselamat daripada tragedi itu menyatakan walaupun penyerang tersebut berniat untuk menyebarkan kebencian, hakikatnya dia telah menimbulkan sifat kasih sayang dan ikhsan. "Jumaat lepas saya berdiri di masjid ini dan melihat kebencian dan kemarahan di mata pengganas itu," katanya. "Hari ini di tempat yang sama, saya melihat kasih sayang dan belas ikhsan di mata ribuan warga New Zealand dan manusia lain di seluruh dunia." Ternyata budi dan sokongan yang ditunjuk oleh New Zealand ini wajar dipuji dan dicontohi. Meskipun tragedi berdarah ini lahir daripada sifat perkauman, ianya tidak boleh mematahkan semangat perpaduan di kalangan penduduk mereka. Terima kasih New Zealand! - CARI |
4
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
seri_mawr replied at 22-3-2019 05:49 PM
touching pulak akak baca kata2 imam dlm khutbah jumaat tu....
ADVERTISEMENT