Simpati bila terdengar khabar yang Nur Sajat kini ditahan di hospital. Menurut beberapa sumber, usahawan dan penyanyi ini menghidap penyakit misteri dan tak sembuh-sembuh walapun sudah berubat dengan pelbagai kaedah.
Tulisnya di Instagram, "Mafkan saya, kali ini saya sakit, macam macam berubat. Tak baik baik."
Sebuah video juga dimuat naik oleh pembantunya menyatakan, "Doakan terbaik buat bos saya nursajat. now dia dalam keadaan lemah dan tak sedar diri. Kami dari team Nursajat,mendoakan bos cepat sembuh dari penyakit misteri." Difahamkan punca masalah kesihatannya kini masih dalam pemeriksaan.
"Setakat ini penyakitnya misteri memandangkan semuanya baik belaka. Cuma setakat ini ia mungkin ada kaitan dengan depresi. "Sajat dikejarkan ke sebuah pusat rawatan di ibu kota sekitar jam 11 malam. Doakan semuanya dipermudahkan," kata pihak Sajat kepada Media Hiburan. Mari kita doakan sama-sama supaya Sajat cepat sembuh. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|