Hancur hati ibu bapa apabila anak mengadu didera guru secara fizikal mahupun seksual. Seorang pengguna Twitter memuat naik video di mana beberapa bapa kepada pelajar di Pusat Tahfiz Al Walid, Kuantan, Pahang menyerang seorang ustaz dipercayai guru di pusat berkenaan.
"Aku hantar anak aku dengan sejuta harapan. Aku bawa motor pergi kerja menangis sebab rindukan anak," kata bapa pelajar terbabit yang kecewa dan terkilan anaknya diperlakukan sedemikian rupa. Bukan saja mendera, malah guru berkenaan turut didakwa mencium mulut pelajarnya. Menerusi video itu, kelihatan ustaz berkenaan dalam keadaan resah dan berkali-kali memohon maaf kepada mereka.
Dia juga memohon agar mereka tidak membuat laporan polis mengenai kejadian. Bagaimanapun, pihak ibu bapa tidak mengendahkannya dan nekad membuat laporan polis. Dalam laporan itu, mangsa dan beberapa pelajar lain dikatakan dipukul, dirotan, dicubit dan disepak selain dimaki hamun. Tidak cukup dengan itu, mangsa juga disuruh mengurut ustaz berkenaan dan akan ditampar jika ustaz terbabit tidak berpuas hati dengan urutannya. Posting itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan berharap agar pelaku dibawa ke muka pengadilan. Bagaimanapun, segelintir pihak meminta netizen berfikir dengan rasional supaya tidak terburu-buru menjatuhkan hukum. Ramai juga menasihati pengguna lain supaya tidak 'pukul rata' kerana tidak semua guru tahfiz bersikap tidak senonoh seperti itu. Hanya nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana individu seperti mereka berterusan membuat onar, luluh kepercayaan hampir seluruh masyarakat terhadap pusat tahfiz terutama yang tidak berdaftar. - CARI
|
Kurex replied at 25-3-2019 03:35 PM
Teringat kisah sorang ostad yg datang berubat orang histeria dalam kolej aku kantoi memondan dekat a ...
cewekbopot: bila byk sgt kes2 liwat terbongkar kat skolah2 tahfiz ni buat aku tepikir...adakah benda2 ni dah diwarisi dari sekian lama?generasi pendidik yg ada se ...
tri-max replied at 26-3-2019 10:28 AM
ye .. say no to asrama
tak kira tahfiz / SBP / MRSM yada...yada.. yada
bior anak2 aku menggeletis ...
ADVERTISEMENT