CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rempit 15 Tahun Ditahan Lumba Haram, Bonceng Isteri Mengandung 7 Bulan

26-3-2019 11:53 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3731| Komen: 15|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Menurut laporan Sinchew, seorang remaja berumur 15 tahun antara ratusan penunggang motosikal yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya kerana terlibat dalam perlumbaan haram. Apa yang mengejutkan polis, pembonceng mat rempit itu adalah isterinya yang berumur 15 tahun dan sedang sarat mengandung 7 bulan!



Menurut sumber itu lagi, sekatan jalan tersebut dibuat di Kemaman, Terengganu pada 22 mac lalu sekitar pukul 4.30 petang hingga 8.30 malam. Dalam kejadian itu, seramai 105 penunggang haram dan 30 pembonceng telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam perlumbaan haram.


Kredit foto: Bernama
Penahanan pasangan tersebut mengejutkan pihak polis kerana umur penunggang dan pembonceng yang masih muda dan ditambah dengan keadaan pembonceng wanita yang sedang sarat mengandung. 


Kredit foto: Carian Google
Ketua Polis Daerah Kemanan, Sup. Mohd Said Ibrahim mengesahkan penahanan terlibat dan berkata mereka akan didakwa kerana memandu secara cuai dan tanpa lesen yang sah. Beliau juga menyatakan kekesalan kerana remaja itu sanggup membahayakan nyawa isterinya yang sedang sarat mengandung.

Menurut laporan, kesemua mat rempit yang ditahan telah dibawa menunaikan solat di masjid berhampiran sebelum diarahkan menolak motosikal masing sejauh 5 km ke balai polis Kemaman. Sebanyak 188 saman turut dikeluarkan ketika operasi itu melibatkan pelbagai kesalahan.


Kredit foto: Gambar Hiasan - FMT
Nampaknya fenomena mat rempit masih lagi menjadi isu utama, lebih malang lagi kali ini turut membahayakan nyawa seorang bakal ibu yang masih remaja. Semoga berita ini menjadi teladan bagi orang ramai. -CARI

2

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babanana 26-3-2019 11:55 AM
Bengap habisan, orang dah kata jangan beranak pinak. Biar habiskan keturunan takat tu je.
Quote Sang_Pencinta 26-3-2019 11:58 AM
Mat rempit tak tahu guna kondom kot
Quote Melorqe 26-3-2019 12:05 PM
pikir la masa depan dik non .
belajar pun tak habis lagi. seumur hidup ke korang nak merempit?
membebankan mak bapak. hidup pun mak bapa tanggung, sibuk nak berbini tu kenapa?
berangan nak hidup senang, tapi buat keja merempit ni apa korang dpt?
dpat perempuan? perempuan tu anak orang dik oii. bodow.
Quote sapeka 26-3-2019 12:45 PM
wow?
siapa yang menjaga makan minum bini dan anak yang bakalan lahir?
dia sendiri pun ntah kerja ntah tidak
menyusahkan mak bapak je keje
Quote raxief 26-3-2019 12:51 PM
bersyukur aku tak pernah terlibat dengan gejala rempit
Quote adik_aza 26-3-2019 01:04 PM
ni habis sekolah ke tak ni..tapi boleh ke umur 15 tahun berkahwin?
Quote Sang_Pencinta 26-3-2019 01:07 PM
Menang llumba haramlah kot cara dia nak menyara keluarga
Quote arasham 26-3-2019 01:09 PM
adik_aza replied at 26-3-2019 01:04 PM
ni habis sekolah ke tak ni..tapi boleh ke umur 15 tahun berkahwin?

Pantai timur benda ni macam perkara biasa Kan?
Quote Kyra_Lydia 26-3-2019 01:20 PM
Dik kau igt dengan rempit tu boleh hidup senang? apsal la x nak belajar umur 15 yo tu patut dok tengah study have fun pergi library tau tak..

sekarang happy la sana sini ade yang menanggung.

besok2 mak ayah xde br nak sedor ke mcm mn..

Quote RatuDunia94 26-3-2019 01:51 PM
Masa muda ko seronok lah.. nanti dh habis remaja ko nyesal gila2.. percayalah. Hidup bukan pada fasa remaja je.. fasa dewasa lg mencabar.
Quote whitePoison 26-3-2019 11:29 PM
15tahun? Ayoooo
Quote Bantalkuning 27-3-2019 01:35 AM
dik, kau tgh sarat mengandung pun pergi join laki kau merempit kenape? mungkin mngidam nak willy barangkali.. sis husnudzon
Quote clueless_gamer 3-4-2019 07:09 AM
15 tahun dah pregnant, ko kawen umur 14 ke dik?

Quote ixora87 4-4-2019 11:13 PM
15 thn kot !
Quote OrkedCattleya 4-4-2019 11:20 PM
Adui la.....budak mentah lg...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.120691 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top