CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Nonny Nadhirah Akui Ada Sihir Pemisah Dalam Rumah Tangganya

26-3-2019 12:50 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10296| Komen: 32|Original author: Oleh: Azza





Langit sedang runtuh
Ku lihat saja semua terhangus
Bintang sedang jatuh
Ku biar saja dunia membungkus

Begitu mendalam bait-bait lirik ciptaan Fynn Jamal buat Nonny Nadhirah yang kini solo setelah berpisah dengan bekas suaminya, Mustain Adnan. Setelah mengumumkan penceraian tersebut, Nonny dilihat redha dan pasrah menjalani kehidupan seperti biasa. Namun dalam temubualnya bersama Media Hiburan baru-baru ini, Nonny percaya yang mereka terkena sihir pemisah. Dan itu bukan sekadar omongan kosong kerana ada Ustaz yang memberitahu rumah tangga mereka dikuasai sihir tersebut.


"Memang benda tu wujud. Kita tahu benda sihir dan ghaib ni memang wujud. Saya percaya sihir yang paling jahat adalah sihir pemisah dalam rumahtangga saya," jelasnya yang tetap tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya mengambil ruang untuk memperbaiki diri.

"Saya minta dengan Allah, kalau betul ada yang dengki atau pun niat jahat ke atas hubungan kami berdua, mohon Allah tunjukkan jalan keluar," pohon Nonny lagi.

Kredit foto: IG

Biarpun dari kemaskini di laman Instagramnya, Nonny menjalani hari-hari tanpa rasa risau, namun hati perempuannya tetap rapuh dan berkali-kali cuba menguatkan emosi, fizikal dan mentalnya.

"Orang pun tahu saya dan dia bercinta hampir 9 tahun, tetapi itu lah, jodoh tidak lama."

Kredit foto: IG

Namun bagi Nonny, itu adalah ruang terbaik bagi mendekatkan diri pada Allah SWT sehingga Nonny berangkat ke tanah suci Mekah pada Januari lalu. Dia juga mendoakan bekas suaminya lebih bahagia selepas ini.

"Saya tetap doakan dia lebih bahagia serta mendapat pasangan yang lebih baik daripada saya. Sebab sayang saya kepadanya melebihi   sayang saya kepada orang lain sebelum ini. Jadi, doakan yang baik-baik sahaja."

Jodol dan ajal memang tiada siapa yang tahu. Begitu juga sihir yang sememangnya ada sejak zaman Nabi Adam lagi. Moga Nonny dan pasangannya mendapat kebahagiaan yang hakiki. - CARI 


1

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 26-3-2019 01:08 PM
Aassssstagaa bukan baru kahwin kaa
Quote umbut 26-3-2019 01:15 PM
Dulu kan kecoh ex dia kacau. Org sama agaknya
Quote Zuzulili 26-3-2019 01:28 PM
Kesiannya.. Huhu
Quote sheqim 26-3-2019 01:32 PM
Jap sheols kawen dgn duda anak 1 kan? Betolkan meols
Quote lee_sakura 26-3-2019 01:35 PM
sudah2 la tu, dah takde jodoh...redha je la
Quote sayangselasih 26-3-2019 02:01 PM
9 tahun becintaa
Quote anony-mous 26-3-2019 02:07 PM
Dah agk dah. Kesian sgt. Org yg htr tu mcm buat nk dia smpai mati agknya. Skg dia mcm gemuk sikit dri cerita dia dgn alip aziz tu kan? Suka tgk dia skg. 5 thn bercinta susah sng laki tu ada skali tup tup xsmpai 2thn dah cerai. Mmg nmpk nau ada org dengki
Quote anony-mous 26-3-2019 02:08 PM
lee_sakura replied at 26-3-2019 01:35 PM
sudah2 la tu, dah takde jodoh...redha je la

Mmg la redha tp lama la nk ubat tu. Bertahun2 bcinta & sebelum kahwin lg org duk hantar benda tu dekat dia
Quote juruterra 26-3-2019 02:30 PM
orang melayu bila cerai je sbb sihir...ye ke pun? bkn sebab dh tak suka, x serasi, dan mcm2 masalah lain ka? kalau tuduh sihir2 ni selalunya sejenis susah move on dan asik nk salahkan factor luaran, better don't start with sihir assumptions. Pandangan iols je, jgn kecam
Quote NazRysha 26-3-2019 02:39 PM
tak lawa langsung minah ni
Quote tombong 26-3-2019 03:12 PM
confirm ke sihir? ade kes dikatanya sihir tapi rupa-rupanya saka sendiri/family
Quote ikanmasin 26-3-2019 03:18 PM
moga bertabah lah nonny..
Quote mewo 26-3-2019 03:19 PM
Kalo dah jodoh x kemana nonny. Semoga baik2 aje untuk uols.

Quote Membercaribaru 26-3-2019 03:58 PM
juruterra replied at 26-3-2019 02:30 PM
orang melayu bila cerai je sbb sihir...ye ke pun? bkn sebab dh tak suka, x serasi, dan mcm2 masalah  ...

Kalau follow perkembangan nonny, lepas tunang, sebelum kahwin, lepas kahwin memang selalu dia masuk hospital. Sakit misteri, doktor tak boleh detect sakit apa. Sebab tu ambil keputusan berpisah. Eh lepas dah berpisah, sihat sihat ja si nonny sekarang.
Quote emera 26-3-2019 05:26 PM
Wujud je sihir mcm ni... mcm kawan aku. Cerai sbb tiba-tiba dia tak suka laki dia. Tak boleh dekat, jadi panas. Jadi marah, macam-macam laa. Tp bila dok jauh, elok pulak. Dah cerai, lagi laaa eloknya, tak de pulak dia beci laki dia tu. Redha je lah.
Quote jointhecurse 26-3-2019 06:32 PM
B4 kawen pm dia dh kena.. mmg da yg dengki la kot
Quote aleesyasofia 26-3-2019 08:37 PM
moga sheolss kuat dan tabah dgn ujian Allah..
Quote Snowhazy 26-3-2019 10:44 PM
Hope sheolss kuat
Quote whitePoison 26-3-2019 11:25 PM
Kenape la busuk sangat hati tu, sihir sana sini..lame betul dia sakit..sekarang nampak dah ok sikit

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.059350 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top