CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Mel B Mengaku Pernah Berhubungan Seks Dengan Geri Halliwell

27-3-2019 12:20 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10580| Komen: 24|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Anggota Spice Girls, Mel B membuat pengakuan yang mengejutkan ramai dalam temubual dengan hos televisyen, Piers Morgan minggu ini apabila mendedahkan  bahawa dia dan rakan sekumpulan, Geri Halliwell pernah mengadakan hubungan seks.


Kredit foto: Getty Image
Mel B, 43, membuat pengakuan itu dalam temubual rancangan temubual Life Stories kendalian Piers Morgan yang ditayangkan sedutannya dalam Good Morning Britain Isnin lalu. 

Mel C, seorang lagi anggota Spice Girls yang turut berada di studio ketika rakaman berlangsung kelihatan terkejut. 


Kredit foto: DailyMail
Piers memulakan temubual dengan soalan panas kepada Mel B,

"Kamu datang di studio ini berjanji akan jujur menjawab semua soalan saya, jadi betulkah kamu pernah tidur sekatil dengan Geri Halliwell?" kata Piers.


Kredit foto: DailyMail
'Ya, kami semua pernah tidur beramai-ramai sekatil' Kata Mel B cuba mengelak . 

Tapi Piers mendesak dan menyoal, "Adakah kamu dan Geri Halliwell pernah melakukan seks?" katanya lagi. 

Mel B sekadar tersenyum dan mengangguk menyebabkan Piers berkata, 'Jawapannya Ya'.

Foto: Google
"Geri akan marahkan saya kerana mendedahkan perkara ini kerana dia kini bahagia dengan suaminya, Christian Horner, Boss Formula 1,"kata Mel B. 

Kamera studio sempat menangkap wajah Mel C yang terkejut dengan pengakuan rakannya itu. Selesai rakaman, Mel B juga dilihat cuba menelefon Geri Halliwell untuk memberikan amaran sebeum rakaman itu disiarkan. 


Kredit foto: Getty Images
Menurut sumber akhbar The Sun, Geri 46, sangat kecewa dengan kelancangan rakannya yang dikatakan merosakkan persahabatan antara mereka. Walaupun belum ada sebarang kenyataan dari Geri, ramai menjangka dia akan menafikan pengakuan Mel B itu.

Ramai yang berpendapat, ini adalah gimik murahan Mel B untuk melariskan buku barunya  berjudul Brutally Honest. 

Bagaimanapun, tindakan ini pastinya melukakan hati kawannya dan mungkin menggangu perancangan konsert reunion mereka yang sedang dalam peringkat persediaan.


Kredit foto: Instagram
Kerana mulut badan binasa, kerana inginkan publisiti murahan, hubungan persahabatan mereka dan rancangan konsert reunion Spice Girls kini bakal terancam pembatalan. -CARI
1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 27-3-2019 12:27 PM
Mel B ni jenis desperate sgt nk kekal glamer. Semua benda dia buat x menjadi. Suara haussss
Quote myakayina 27-3-2019 12:53 PM
emma tu walau dah tua still comel ek..
Quote umbut 27-3-2019 12:57 PM
Mel b tu dulu kata kena abuse ngan laki.. cam x caya ganas cam tu tak leh belasah balik laki
Quote dewi_rina 27-3-2019 01:19 PM
Memang nama dorang Mel B, Mel C ke
Maaf i bbnu kisah artis hollywood
Jangan kecam
Quote Sang_Pencinta 27-3-2019 01:24 PM
dewi_rina replied at 27-3-2019 01:19 PM
Memang nama dorang Mel B, Mel C ke
Maaf i bbnu kisah artis hollywood
Jangan kecam

Ada dua anggota tu sama nama Melanie
Satu Melanie Chisholm (Mel C) satu lagi Melanie Brown (Mel B)


Quote dewi_rina 27-3-2019 01:28 PM
Sang_Pencinta replied at 27-3-2019 01:24 PM
Ada dua anggota tu sama nama Melanie
Satu Melanie Chisholm (Mel C) satu lagi Melanie Brown (Mel B ...

Oh gitu
Thanks bagitahu


Quote ikanmasin 27-3-2019 02:31 PM
kerana mulut binasa persahabatan ..nak glamor cara gitu..
hilang lah kawan baik sendiri..jenuhlah si geri nak terangkan kat family pl..
Quote MadameOnion 27-3-2019 03:30 PM
nampak tua dah spice girls..terasa kertu diri ini
Quote MayaDelaRosa 27-3-2019 04:47 PM
Bengong mel b...Rosakkn reputasi ginger je...Ish.........{:dot
Quote amyza 27-3-2019 05:09 PM
Lor, simpan sendiri sudaa
Quote delia3003 27-3-2019 09:52 PM
Desperate sangat dah ke? Simpan sendiri je tak boleh ke?
Quote rendangayam 28-3-2019 10:17 AM
Comelnysa Emma
Quote gerbera.memopad 28-3-2019 12:53 PM
Sebenarnya gosip pasal Mel B & Geri ni dah lama. Rumors said ini la sebab Geri keluar dari Spice Girls dulu. Dorang memang macam had a little thing gitu. Tapi benda dah lama pon. Geri pon sekarang dah berlaki.
Quote mieymiey 28-3-2019 03:04 PM
Orang tu dah berlaki, perlu ker ko nak ungkit bagai?
Quote palmolive 1-4-2019 01:40 PM
dewi_rina replied at 27-3-2019 01:19 PM
Memang nama dorang Mel B, Mel C ke
Maaf i bbnu kisah artis hollywood
Jangan kecam

dia mcm P Ramlee la..ada L Ramlee, A Ramlee
Quote dewi_rina 2-4-2019 09:21 AM
palmolive replied at 1-4-2019 01:40 PM
dia mcm P Ramlee la..ada L Ramlee, A Ramlee

Tu lagi banyak
Yg paling kenal P Ramlee je

Quote diss69 11-5-2019 09:49 PM
MadameOnion replied at 27-3-2019 03:30 PM
nampak tua dah spice girls..terasa kertu diri ini

Hihihi.. Sama laa kita..
Quote missBlackDahlia 13-5-2019 03:06 PM
kesian geri
Quote beatgirlX 13-5-2019 03:06 PM
Kannn ..terasa mcm membesar bersama SG

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.098876 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top