CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kalau Pengotor Seperti Anjing Kurap, Jangan Duduk Terengganu Darul Iman!’

27-3-2019 10:44 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6622| Komen: 30|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang pengunjung ke Pulau Warisan River Cruise, Kuala Terengganu merasa kecewa dengan tabiat pengotor pelancong tempatan yang tidak menjaga kebersihan jeti tersebut. 

Dalam status yang dimuat naik di akaun Facebooknya, lelaki tersebut menegur penduduk Terengganu yang disifatkannya berperangai seperti kucing kurap.



Kredit foto: Facebook

'Untuk orang Terengganu, kalau perangai serupa anjing kurap, jangan duduk di TERENGGANU DARUL IMAN'

'Untuk pelancong dari luar, ini bukan sifat orang TERENGGANU DARUL IMAN. Ini sifat anjing kurap yang tak ada otak dan akal fikiran' katanya.


Kredit foto: Facebook

Dalam beberapa keping gambar yang disertakan, kelihatan sampah sarap termasuk sisa makanan dibiarkan di atas kerusi. Di persekitaran kawasan jeti juga dipenuhi plastik dan bungkusan makanan yang dibuang merata-rata.


Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Kredit foto: facebook

Ramai netizen yang membaca status beliau berkongsi pendapat sama. 

'Ini jenis mak bapak tidak ajar di rumah, perangai seperti beruk,'  kata seorang netizen. 


Kredit foto: Facebook

'Saya harap, kerajaan mengenakan saman kepada golongan yang suka membuang sampah,' cadang seorang lagi. 

'Kalau di luar rumah dah begini, macam manalah keadaan rumah sendiri?' tambah seorang netizen.


Kredit foto: facebook

Sememangnya diakui kadar kesedaran masyarakat mengenai kebersihan lingkungan masih lagi rendah, walaupun fasiliti tempat pembuangan sampah sudah disediakan. Masih ramai yang berfikiran bahawa tugas membersihkan sampai adalah tanggungjawab pekerja yang dilantik.


Kredit foto: Facebook

Seperti kesimpulan seorang netizen, keadaan seperti ini tidak terhad kepada negeri Terengganu sahaja. Mungkin sudah sampai masanya tindakan tegas diambil terhadap golongan yang pengotor seperti ini. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esteryen 27-3-2019 10:52 AM
Pundek betul yg samakan "anjing kurap" ngan benda xde sivik cam ni. Si penulis caption tu yg terencat akal.
Quote eLiaD 27-3-2019 11:23 AM
snap la location tong smph tu kt ne bley tgk owg luo ke owg ganu yg xde sivik minded kahkahkah
Quote fushimi 27-3-2019 11:25 AM
patutnya letak je cctv kat kawasan tumpuan orang ramai

atau letak je penguatkuasa  untuk pantau

Quote Artemesiaa 27-3-2019 11:32 AM
Sebab tu penting adanya penguatkuasan untuk membentras mereka yang suka berperangai sebegitu
Quote Sazida 27-3-2019 11:43 AM
Sedapnya kau bahasakan org gitu. Perangai mungg tuh elok sgt ke
Quote rehanna 27-3-2019 03:23 PM
tong sampah pon tak nmpk atau tong sampah kecik sangat sampai membuak... salu kt tmt camni tong sampah mmg rare jmpa
Quote sapeka 27-3-2019 03:41 PM
teruknya perangai
dah makan kat situ
kemas la balik
Quote palmolive 27-3-2019 04:11 PM
kat IKEA damansara ada jek perangai camni..
adakah kucing kurap pun bershopping di IKEA?
Quote vee_zara 27-3-2019 10:21 PM
palmolive: kat IKEA damansara ada jek perangai camni..adakah kucing kurap pun bershopping di IKEA?

Kucing kurap yg just nak makan meatball je uols
Quote vee_zara 27-3-2019 10:22 PM
Lagi memalukan kalau family yg terdiri drpd ibu and ayah yang buat. Bila dah jd ibu ayah patut tunjuk contoh yg baik kat anak. Ni parenting pun kelaut.
Quote MissVixen 28-3-2019 01:23 AM
Kesian anjing pulak jadi mangsa. Perangai manusia sendiri mengalahkan anjing. Oiii. Kalau takde tong sampah, bungkus semua dan pegang bawa balik. Jumpa tong sampah baru buang. Takde akal betul.
Quote TalibanRock 28-3-2019 08:35 AM
da la pengotor, pembazir plak tu...hamlau
Quote oni313 28-3-2019 02:02 PM
palmolive replied at 27-3-2019 04:11 PM
kat IKEA damansara ada jek perangai camni..
adakah kucing kurap pun bershopping di IKEA?

IKEA tu siap dpt dulang lagi tu, fungsi dulang tu utk customer yg dah lepas makan, kemas balik kemudian pergi hantar terus ke tray station utk dibersihkan oleh staf

tp sadisnya, perangai typical malaysia lepas makan, berterabur terus meja tu sekali ngan dulang2 pun entah kemana
Quote palmolive 28-3-2019 03:23 PM
oni313 replied at 28-3-2019 02:02 PM
IKEA tu siap dpt dulang lagi tu, fungsi dulang tu utk customer yg dah lepas makan, kemas balik kem ...

ni bukan atas meja..atas lantai dia tinggal sampah bekas dia makan
Quote nuryakmal 28-3-2019 03:26 PM
kalau pegi oversea, pandai pulak kemas meja, buang sampah dalam tong  siap buat 5S lagi. kat malaysia  semua ke laut
Quote puteribaya 28-3-2019 03:51 PM
kalau pegi restoren2 kat Mesia..bila anak2 I buang sampah dlm tong sampah dan bersihkan meja lepas makan..orang lain tenguk macam anak2 I buat salah pulak..padahal orang yg buat sampah, buat selerak..x de plak org pandang semacam..
Quote giyomi 28-3-2019 07:31 PM
jgn lar salahkan mak bapak, klu perangai mereka pong sama. bawak anak beriadah pastu tinggalkan camtu jew, it happens everywhere. ini belum lg pampers yg dibuang merata.
Quote copy_paste 28-3-2019 09:49 PM
dlm mase same xde tong sampah mmg menjadi la
Quote missDollie 28-3-2019 10:35 PM
Anjing kurap lagi bagus dari puak pengotor pemalas gini..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.043267 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top