Gelagat papa dan mama kucing memang menggelikan hati. Ada yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbelanja besar demi 'anak kucing' masing-masing. Terkini, seorang pemilik kucing Khairul Faizi Dalaiil, 32, menjadi tular di Twitter apabila sahabatnya memuat naik beberapa keping gambar sempena 'Majlis Kesyukuran Berkhatan' tiga ekor anak kucingnya.
Dalam gambar yang dimuat naik itu, kelihatan beberapa makanan khas seperti pulut, telur burung puyuh dan rendang yang dikatakan bakal diedarkan kepada rakan-rakannya sebagai tanda kesyukuran. Lebih menarik, paket makanan tersebut lengkap dengan pelekat khas yang mengumumkan 'Majlis Kesyukuran Berkhatan' disertai nama ketiga-tiga ekor kucing beliau yang dimandulkan iaitu Achilles, Atlas dan Arez. Gambar-gambar itu menarik tumpuan netizen yang memuji tindakan beliau memandulkan kucingnya. Beliau juga dipuji kerana sanggup berbelanja besar menganjurkan majlis berkhatan tersebut. 'Comel gila, kucing pun buat majlis makan pulut kuning' kata seorang netizen. 'Alamak, jangan bagi kucing aku Nampak, nanti dia pun tuntut' kata seorang lagi. Bagaimanapun, tidak semua netizen bersetuju dengan tindakan beliau. Ada yang mendakwa majlis itu satu bentuk pembaziran dan mengejek gelagat kucing, ada pula yang berkata memandulkan kucing adalah haram dalam Islam. 'Hukum memandulkan haiwan yang tidak dimakan ialah haram' kata seorang netizen. Namun, ramai yang menyokong tindakan pemilik kucing ini sebagai satu usaha memastikan kesihatan kucing dan mengelakkan kucing membiak tanpa kawalan. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
ikanmasin replied at 27-3-2019 03:43 PM
tapi betul lah org yg sayangkan kucing ni lain dr yg kita tak pelihara
kucing ni..adik aku siap cak ...
mamapea replied at 27-3-2019 04:03 PM
aku & family aku start bela kucing x sampai sbln...kucing tu hari2 dok dpn rumah...anak aku ambik ...
ikanmasin replied at 27-3-2019 04:29 PM
kdg2 rezeki tak diduga kan.aku sbb ada alergik so mmg tak bole
lah nak pelihara kucing..tgk adik2 ...
mamapea replied at 27-3-2019 04:49 PM
suami aku sblm ni pun takut dgn kucing sbb kucing pernah gigit atau cakar dia...skrg berani btl... ...
ikanmasin replied at 27-3-2019 05:03 PM
betul kan..adik2 aku lelaki tau mcm anak kucing tu diaorg bela.kalau nak g os hantar
kejap jer 2- ...
mamapea replied at 27-3-2019 05:05 PM
aku rasa kucing aku pun mengamuk kot tinggal dia 2 hari...kitorg gi melaka...
balik je pasu pecah ...
ikanmasin replied at 27-3-2019 05:08 PM
hahaha angin kus2 merajuk kalah dr tuan nya tu..
mamapea replied at 27-3-2019 05:11 PM
lg teruk dr anak2...manja bkn main...
best la bela kucing...xtau nk ckp perasaan tu mcmana...
mc ...
ADVERTISEMENT