CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Top 5 Gosip Artis Paling Panas Bulan Mac 2019 Yang Wajib 'Acik Bawang' Tahu

28-3-2019 01:21 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 5417| Komen: 10|Original author: Oleh: top5complete

1. Nelydia Senrose
Nelydia bakal berkahwin awal bulan April, menurut info dia telah bertunang dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Hafiz. Nelydia mencetuskan kontroversi apabila sambutan Bridal Shower yang diadakan itu dikecam netizen kerana terlalu ikut budaya barat. Tidak lama kemudian, muncul pula Bachelorette Party. Di dalam majlis Bachelorette itu mereka hidangkan kek berbentuk kemaluan wanita. Dengan berpakaikan seksi mereka menari bersama rakan artis yang lain tanpa rasa malu dan memuat naik video tersebut di laman instagram.



Sumber Foto: IG

2. Rozita Che Wan
Isu saman Rozita Che Wan terhadap bekas pemandunya belum selesai sehingga ke hari ini. Untuk pengetahuan semua, bekas pemandunya itu telah memuat naik status di laman facebook kerana dia tidak dibayar gaji oleh majikannya itu. Dengan kuasa viral, isu tersebut mendapat perhatian netizen, akibatnya Rozita Che Wan 'berperang' dengan bekas pemandunya dan akhirnya Rozita Che Wan setuju untuk membayar gaji pemandunya itu sebanyak RM2,000.

Tidak habis di situ, Rozita Che Wan mengugut akan menyaman bekas pemandunya itu kerana telah memalukan dia sekeluarga. Dan kes mereka sekarang dalam tangan pihak peguam Rozita untuk proses ke mahkahmah.


Sumber Foto: IG

3. Bella Astillah
Sehingga ke hari ini isu rumah tangga yang tersebar di seluruh Malaysia antara Bella dan Aliff belum lagi selesai. Perkara ini didedahkan oleh isteri Aliff sendiri di laman instagram. Akibatnya Aliff Aziz diserang netizen kerana sudah dua kali dia 'kantoi' curang oleh Bella. Namun sampai sekarang masih belum ada kata putus dari kedua pihak. Bella Astillah nampaknya masih mahu bersama dengan suaminya itu, dia tidak sanggup berpisah dengan Aliff Aziz sehinggakan ramai netizen muak dengan drama rumah tangga mereka berdua.

Sumber Foto: IG
4. Awi Rafael 
Awi Rafael dan Atikah Suhaimi mencetus kontroversi apabila majlis pernikahan yang bakal berlangsung dalam tempoh tiga hari lagi dibatalkan kerana perselisihan faham antara keluarga pihak lelaki dan perempuan. Awi Rafael terpaksa redha dengan keputusan itu dan dia juga telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa niatnya adalah untuk membimbing Atikah Suhaimi dan menutup aibnya. Namun kerana tiada jodoh hubungan mereka kini tinggal kenangan. Dan baru-baru ini Atikah Suhaimi mencetus kontroversi lagi apabila dia memuatnaik gambar tanpa pakaian di tepi pantai. Netizen dengan rasa marah telah mengecam foto itu dan setuju dengan tindakan Awi untuk memutuskan pertunangan mereka.


Sumber Foto: IG

5. Sharnaaz Ahmad
Sudah menjadi trend artis memuat naik masalah rumah tangga di laman sosial. Sharnaaz Ahmad dan isterinya Bella kini dilanda masalah rumah tangga. Mereka berdua saling memuatnaik status pergolakan rumah tangga di laman instagram masing-masing. Netizen tampil mendoakan agar rumah tangga mereka akan tetap teguh dan ada juga yang mengecam kerana menganggap itu adalah balasan terhadap Sharnaaz yang lantang bersuara di laman sosial. Sehingga ke hari ini belum ada berita lanjut tentang isu rumah tangga mereka. 


Sumber Foto: IG
5

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • gali86

  • Lawak

    Anonymity

  • Bellasarah


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 28-3-2019 01:41 PM
Aimy dengan isu flat Earth tak.masuk senarai ke
Quote BoongaKertas 28-3-2019 01:58 PM
sampai hati tt lupa psl flat earth tu. hahahaha! tu selebriti paling bimbo pernah iols tahu so far.
Quote Rapz 28-3-2019 02:02 PM
Edited by Rapz at 28-3-2019 02:06 PM

Sohai laksa kari mana tt?kesian org tu penat2 buat kajian sampai berkempen promosi "mate" bagai seminar 'bayar dulu lokasi kemudian'   
Lagi satu thread bbnu capmelan "itu bkn saya" mana tt....
Quote YomiuriLandMae 28-3-2019 03:29 PM
ala mostly byk psl isu relationship/rumah tangga jer..
hmm, next!!!
Quote beloomberk 28-3-2019 03:56 PM
Syukur alhamdulillah suhaimi saad x tersenarai..
Quote mawar_mustika 28-3-2019 04:34 PM
glamor btul suhaimi saad tu mana2 thread je mesti akan muncul nm dia
Quote marchikobonzo 28-3-2019 04:48 PM
Tolong jangan mintak si sohai tu..nightmare nanti tengok sijongos tu
Quote DeeHanania 28-3-2019 06:04 PM
marchikobonzo: Tolong jangan mintak si sohai tu..nightmare nanti tengok sijongos tu

hahahaha,
tau xpe,
kmurungan doplohpatjam
citer pasahaidil nak kawen kann gossip hot skrg nie
Quote danieladam 28-3-2019 08:05 PM
Nombor 3 tu tajuk Bella Astilah tapi gambau Octavia Manrose. Sekeping gmba Bella pon xde...gahahaha{:smile
Quote AmyOpy 29-3-2019 03:48 PM
kesian suhaimi xtersenarai..hahahahaha

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.107595 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top