CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kenyataan Kontroversi Hero Umobile Bukan Dari Pihak Kami" - Umobile Disabotaj?

27-3-2019 05:54 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8945| Komen: 24|Original author: Oleh: LilRose

Sejak mengalami masalah pada rangkaian perkhidmatannya, Umobile teruk dihentam netizen dan pelanggannya.

Ketika mana manusia hari ini bergantung harap pada Internet dalam kehidupan seharian, gangguan perkhidmatan ini semestinya memberi kesan kepada penggunanya.


Berikutan itu, laman Facebook Hero Umobile memuat naik status berbaur sindiran yang mencetuskan provokasi, sekali gus menimbulkan kemarahan netizen.



Malah, penggunaan kata-kata admin laman berkenaan ketika membalas komen netizen dilihat tidak bersesuaian dan agak kasar.



Ramai netizen mempersoalkan cara syarikat telekomunikasi itu melayan pelanggannya dan menangani masalah berkenaan.


Tidak kurang juga yang mendorong orang ramai untuk beralih kepada perkhidmatan telekomunikasi lain.



Susulan itu, FB Hero Umobile sekali lagi memuat naik kenyataan memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.



Namun, rata-rata pelanggan masih tidak berpuas hati dan membanjiri ruangan komen dengan makian.



Malah, ada individu dipercayai peniaga mendakwa dia kerugian RM3,000 akibat masalah perkhidmatan tersebut.




Tidak cukup dengan itu, didapati terdapat beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan nama syarikat itu untuk mengeruhkan lagi keadaan.



Bagaimanapun, Umobile menerusi Twitter mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan mesej dipaparkan Hero Umobile datang dari pihak mereka.


Kredit foto: Twitter

Aduhai, dugaan apalah yang melanda Umobile ya. Diharap semua pelanggan yang terjejas tidak akan 'meninggalkan' Umobile dan beralih ke telco lain. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 27-3-2019 06:11 PM
iols since 2017 lg dah banned Umobile.
Quote Ferr_Remy 27-3-2019 06:16 PM
Dlu iols pkai umobile, lega da tukar ke digi. Mmg teruk line die.
Quote Kurex 27-3-2019 06:40 PM
Ferr_Remy: Dlu iols pkai umobile, lega da tukar ke digi. Mmg teruk line die.

OK tak digi? {:question
Quote CiliPadiSedap 27-3-2019 06:47 PM
dulu kaka pakai umobile, sekarang kaka pakai TelVokuru
Quote Elle_mujigae 27-3-2019 06:48 PM
Kalau org meniaga,yg sentiasa nak kena ada internet sebaiknya kena ada backup line telco yg berbeza..yg prepaid pun takpe, beli je data di saat genting... kenapa la nak marah2 sampai mcm tu..tak faham iols..
Quote Elle_mujigae 27-3-2019 06:49 PM
Telco ni kena check coverage..mcm no Digi kita kat rumah Kajang,line internet sgt lemah... bila balik nanti tgh fikir2 nak tukar telco ni..adoiii..
Quote Sazida 27-3-2019 07:40 PM
Dari dulu iols guna selkom dgn diji jah. Interrupt pun sekejap. So far xde mslh
Quote Intanmahsuri 27-3-2019 08:13 PM
Ok je Umobile saya semalam. Line tak ok sekejap je. Pukul 4 mcm tu. Intermittent. Tapi ok je...

Saya suka umobile sebab celcom dekat rumah kl ni hampeh..ekekekekeke...
Quote aleesyasofia 27-3-2019 08:37 PM
iolss pkai okay jer.. smlm ya tbe2 xde line.. tp skjp jer..
Quote debab76 27-3-2019 08:43 PM
meols penah pakai dulu. 4g pon internet cam taik . choy!!!
Quote CardiGans85 27-3-2019 08:54 PM
Smlm je tak de kejap tp aku xde benda urgent. So no hal la. Suami aku je naik angin semalam
Quote missinpiece 27-3-2019 09:02 PM
Hahahaha tatau nak caye ke tidak yg rugi 3k tersebut
Quote Megikari 27-3-2019 09:59 PM
I penah pakai maxis dengan celcom sebelum ni. Hampehhhhh. Now dah dekat 5 tahun guna digi. Berdesup laju {:good
Quote Andyscenes 27-3-2019 11:23 PM
Yg kau nak buat bisnes pakai satu telco buat apa hanat? Kau da tau kau nak bisnes, kau kena la ada backup internet if apa2 terjadi. Tah tah kau buat cerita.
Quote CiliPadiSedap 28-3-2019 12:10 AM
missinpiece replied at 27-3-2019 09:02 PM
Hahahaha tatau nak caye ke tidak yg rugi 3k tersebut

Logik, rugi sejuta pun kaka percaya terutama melibatkam close deal, melibatkan meeting, melibat kan trading forex, stock market.. sebab internet tiada boleh rugi berjuta.. sebab tu kaka pakai simcard telvokuru di jamin internet 24jam
Quote teacher 28-3-2019 01:56 AM
Aku tak suka betul bila orang yang jual service dekat kita, pastu nak act casual. Tulis statement casual tu nak kasi nampak cool ke macam mana? Aku prefer  jenis bagi proper statement, announcement.
Quote Ferr_Remy 28-3-2019 08:13 AM
Kurex: OK tak digi? {:question


Ok la compare dgn yg lain.
Quote TalibanRock 28-3-2019 08:30 AM
Elle_mujigae replied at 27-3-2019 06:48 PM
Kalau org meniaga,yg sentiasa nak kena ada internet sebaiknya kena ada backup line telco yg berbeza. ...

setuju sgt and mmg kene praktik mcm tu pon.kata bisnes tapi xkan xmampu pakai 2 line wlpun prepaid.
Quote mamapea 28-3-2019 08:34 AM
mmg menyusahkan gak...sampai ke mlm problem...
call x blh...wassap x blh...sms x blh...
dh la tgh deal dgn customer...seller pulak nk hntr brg...
anak wassap nk reply blk x blh...bila ada line kejap wassap masuk...bila nak reply dh xde line...
kelam kabut jugak la masa tu...
jenuh naik turun naik turun dr rumah semata2 nak pakai wifi kt rumah...
org yg bekerja la teruk...nk communicate tu susah dgn anak2 kt rumah apa jd...
mmg buang masa sungguh...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.083338 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top