Tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di Felda Palong 12 telah selesai dibersihkan dan bekalan air di Palong 12 hingga 16 pulih sepenuhnya hari ini.
Harian Metro melaporkan bekalan air di kawasan itu ditutup sejak Ahad hingga Selasa lalu bagi mengeluarkan air dan mencuci tangki berkenaan, menurut Ketua Bahagian Awam SAINS, Norzita Ismail. “Hasil siasatan SAINS di kawasan gangguan mendapati, semua pengguna telah mendapat bekalan air sepenuhnya, tiada lagi berlaku sebarang gangguan bekalan air di kawasan berkenaan,” katanya. Sebelum ini, kecoh apabila mayat seorang lelaki berusia 22 tahun ditemui terapung dalam tangki berkenaan. Mayat itu dipercayai seorang lelaki telah dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya sejak 10 Julai tahun lalu. Ia ditemui pekerja SAINS yang melawat kolam itu bagi melihat dan menyukat air dalam kolam berkenaan. - CARI
|
top5complete: sedap ke minum air mayat
che-cikL replied at 28-3-2019 07:50 PM
Laahaai... Pekerja SAINS sendiri. Maknanya lepas dia buat pemeriksaan tu jauh lah pula tempoh utk pe ...
che-cikL replied at 28-3-2019 07:50 PM
Laahaai... Pekerja SAINS sendiri. Maknanya lepas dia buat pemeriksaan tu jauh lah pula tempoh utk pe ...
jazaa100 replied at 29-3-2019 09:17 AM
Bln aug18 last check....tapi knp x jumpa....kena check sapa yg check tu
ADVERTISEMENT