|
Seorang remaja berusia 19 tahun dihukum penjara dua hari dan dikehendaki melakukan kerja-kerja pembersihan selama 38 hari. Tay’lor Smith, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Daerah Darvin Zimmerman kerana menolak rakannya, Jordan Holgerson, 16, dari sebuah jambatan di Moulton Timur Laut Vancouver.
Daily Mail melaporkan ketika itu mereka berdiri di atas jambatan di sebuah kawasan riadah terkenal. Disebabkan itu Jordan yang ditolak dari ketinggian 15 meter mengalami paru-paru rosak, patah tulang rusuk dan lebam di badan.
Dalam rakaman video yang tular itu, Tay'lor dilihat sengaja menolak mangsa. Ketika kenyataan dibacakan di hadapan hakim Jordan menangis yang menyatakan dia ketakutan ketika ditolak dan hanya membayangkan akan mati semasa terjatuh ke dalam air. Tay'lor mengaku bersalah dan merayu hukuman diringankan kerana melakukannya secara tidak sengaja. -CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 04:47 PM GMT+8 , Processed in 1.217719 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.