CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Cari Dia, Bukan Saya" - Ibu Putuskan Hubungan Dengan Anak Kerana Hutang Along

29-3-2019 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5314| Komen: 20

Luluh hati seorang wanita apabila anaknya tergamak memberi alamat dan nombor telefonnya kepada ceti haram bagi membolehkan mereka menagih hutang dengan ibunya.

Memetik Harian Metro, wanita yang tinggal di Alor Akar, di Kuantan itu kini tinggal dalam ketakutan kerana sering diganggu sehingga terpaksa menukar nombor telefon.



Kredit foto: Harian Metro

Difahamkan, anak bongsu daripada tiga beradik itu sudah hampir tujuh tahun tidak menghubunginya keluarganya.

Menurut warga emas berusia 64 tahun itu, anaknya pernah berhutang dengan along sebanyak RM58,000 akibat tabiat suka berjudi dan wanita itu terpaksa membantu menyelesaikan bayaran berkenaan.

“Kemudian dia kata hendak pergi bekerja di Singapura dan sejak itu, dia langsung tidak menghubungi saya atau balik ke rumahnya di sini,” katanya.

Suri rumah itu mendakwa rumahnya didatangi sekumpulan lelaki dipercayai along yang menampal risalah dan meminta mangsa menjelaskan hutang anaknya.


Bagaimanapun, mereka tidak memberitahu jumlah yang dipinjam anaknya dan mengugut akan menyimbah cat merah ke rumah jika gagal membayarnya.

Tambahnya, dia dihubungi along hampir 20 kali sehari hingga memaksanya menukar nombor telefon.

Dia yang sudah tidak tahan diganggu membuat laporan polis dan mendakwa tidak mahu ada apa-apa ikatan dengan anak lelakinya itu lagi.

“Dia membuat pinjaman along untuk berjudi, kemudian dia beritahu along supaya kutip semula duit mereka daripada saya. Dia turut menyerahkan segala butiran peribadi saya dan kakaknya kepada along berkenaan.

“Saya sudah tidak tahan. Saya tidak mahu lagi ada apa-apa kaitan dengan dia, cukuplah saya bantu dia sebelum ini. Saya juga harap pihak berkuasa mengambil tindakan kepada along yang mengugut dan menakutkan keluarga saya.

“Jika berlaku lagi saya tidak teragak-agak untuk tampil membuat laporan polis lagi. Jangan ganggu dan cari saya, wang dipinjam anak saya, pergi cari dia, bukan saya,” katanya. - CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arm_band 29-3-2019 04:00 PM
eh bukan along je.... tm pun sibuk cari bini & pak mertua si penghutang nak tagih hutang
Quote pokaibanktokyo 29-3-2019 05:35 PM
arm_band replied at 29-3-2019 08:00 AM
eh bukan along je.... tm pun sibuk cari bini & pak mertua si penghutang nak tagih hutang

Bodohnya tm
Quote onexox97 29-3-2019 05:43 PM
Buat pengisytiharan putuskan silaturrahim kat paper
Pastu send kat along
Quote ixora87 30-3-2019 11:30 AM
arm_band replied at 29-3-2019 04:00 PM
eh bukan along je.... tm pun sibuk cari bini & pak mertua si penghutang nak tagih hutang

Betul2.. skrg ni kbanyakkan yg call kutip hutang tu agen. Mmg stail along dah. Cari bini, family semua. Siap ugut2 lagi..
Quote TravellingBear 30-3-2019 11:34 AM
Jgn buat hutang selain kat bank boleh tak bank yg ada black n white pon kita rasa menekan jadual pembayaran balik. Kalau yg bukan bank of course lagi teruk
Quote netto_ 30-3-2019 01:19 PM
Amboi da pinjam byk2 suh mak ko baya. Mmg ptt pon kene putuskan hubungan mcm ni.
Quote mawar_mustika 31-3-2019 03:39 PM
one of my job scope angkat call...company i ade lebih kurang 200++ staff...80% call setiap hari adalah dr agent & bank bertanyakn hutang...mostly dierg cr staff yg dh brenti...kadang2 ble dh bg tau staff tu brenti esknya ade plak agent lain cr staff yg sm...ble dh sakit hati mau je nk marah dieorg tp dh slh staff kiteorg yg pandai meminjam byr xpandai...

yg xleh blah ade opismate i ni xtaulh brape bank die pinjam..kdg2 rhb cr die..kadang2 maybank cr die...penah je org bank dtg opis...ble die ade kt opis (die jrg msk opis sbb keje kt site) i pernah je transfer line kt die...sampai ke sdh die x angkat...i kalau telco tel suruh byr bill pun i dah srabut hidup xtenang...tp die lek je bank kejar kiri kanan...xtaulh org mcm ni hidup camne
Quote naina 31-3-2019 04:10 PM
Kan. Tak fahamla orang hidup berhutang kiri kanan xbayar ni. I ada insurans bulan2 komitmen. Selagi tak bayar selagi tu asik fikir je. Orang bisnes hutang juta2 ni cmnela hatinya ya.
Quote Jorja 31-3-2019 08:48 PM
Kalau org bank ke ejen wang dtg ofis suka suki letak risalah terus crumple n slam dunk masuk tong ok dik.
Quote syaz_lina 31-3-2019 10:46 PM
Adoi kesian ahpek dan ahso..sampai ke tua anak2 menyusahkan hidup
Quote pai.kacang 1-4-2019 08:36 AM
jauhilah judi. takde kebaikan langsung dalam hidup kalau berjudi
Quote fifie_olin 1-4-2019 08:38 AM
jgn main2 dgn utang
smpi lubang cacing depa cari
Quote jazaa100 1-4-2019 08:42 AM
ixora87 replied at 30-3-2019 11:30 AM
Betul2.. skrg ni kbanyakkan yg call kutip hutang tu agen. Mmg stail along dah. Cari bini, family s ...

Eeee....melampaunya...
Quote clueless_gamer 3-4-2019 06:42 AM
kes along ni dah makin parah kalau tgk kt channel ppim tu

takde ke nak usulkan dkt parliment?

kasi utk terjah gua2 diorang ni mcm kita terjah sarang dadah
Quote ayyyyangg 5-4-2019 03:53 PM
Kesian mak dia. Elok la putuskan hubungan
Quote bazarayamy 17-4-2019 03:54 PM
senangnyer... dia yg berhutang, org lain plak yg jadi mangsa peras ugut kena bayar... xde hati perut
Quote namieamuro 17-4-2019 03:57 PM
kesiannye mak die..isytihar mcm yg jutawan tu buat tak bole ke..putus hubungan
Quote namieamuro 17-4-2019 03:58 PM
mawar_mustika replied at 31-3-2019 03:39 PM
one of my job scope angkat call...company i ade lebih kurang 200++ staff...80% call setiap hari adal ...

sabar nye uols melayan phone call gitu..
Quote None68 17-4-2019 09:38 PM
Dasar taik judi menyusahkan org lain.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.049757 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top