Siapa masih ingat kes saman Linda Rafar dengan Delegasi Jururawat Malaysia (DON) yang kononnya telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis? Untuk pengetahuan semua surat tuntutan telah dihantar oleh peguamnya namun sehingga kini tiada langsung maklum balas daripada pihak Delegasi Jururawat Malaysia(DON).
Dalam surat tuntutan tersebut, Linda mahu ganti rugi sebanyak RM2 juta dan permohonan maaf secara terbuka daripada pihak DON. Sidang media terbuka oleh Linda beberapa bulan lalu seperti sia-sia. "Pihak DON sangat keterlaluan dalam manipulasi cerita dan menampakkan mereka pula yang menjadi mangsa, bukan itu sahaja mereka juga ingin menyaman saya sebanyak RM1 juta," kata Linda Rafar. Peguam Linda Rafar memberi amaran supaya orang awam tidak membuat sebarang spekulasi tentang perkara itu. Siapa sangka kerana mulut badan binasa, sampai bila kes ini berlarutan kita tunggu dan lihat. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|