|
Mungkin bukan Wedding of the Year seperti artis-artis yang lain namun Fasha Sandha dan suaminya Aidil Aziz telah selamat diijabkabulankan pagi tadi. TV3 Malaysia telah berkongsi video majlis perkahwinan mereka yang berlangsung tadi di instagram. Majlis pernikahan ini berlangsung di kampung Fasha Sandha di Perlis Indera Kayangan. Manakala majlis di belah pengantin lelaki pula akan berlangsung di kampung Aidil di Rembau Negeri Sembilan, April ini. Untuk pengetahuan semua ini adalah perkahwinan pertama buat Aidil dan perkahwinan kedua buat Fasha. Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Jan 2016. Fasha mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.060285 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.