CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wow! Sembilan Orang Jururawat Mengandung Serentak Di Wad Bersalin Hospital Ini

1-4-2019 01:25 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6392| Komen: 36|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sembilan orang jururawat yang bekerja di Wad Bersalin yang sama kini sedang sarat mengandung dan dijangka akan besalin pada masa yang hampir serentak.


Kebarangkalian yang unik ini menimbulkan reaksi yang menggembirakan ramai netizen apabila Pusat Perubatan Maine mengumumkan Sembilan orang jururawat di wad mereka dijangka akan menyambut kelahiran anggota keluarga baru beberapa bulan lagi.


Kredit foto: Facebook
Dalam satu status yang dimuat naik di Facebook mereka, hospital yang terletak di Portland, Amerika Syarikat (AS) ini berkata : "Wow! Sembilan orang jurutawat kami (hanya lapan dalam gambar) dijangka akan bersalin di antara April dan Julai! Tahniah!"


Status itu mendapat puluhan ribu likes dan perkongsian.


Kredit foto: Facebook
Keadaan itu menyebabkan ramai bakal ibu yang dijangka bersalin di hospital itu menunjukkan kebimbangan tentang kekurangan kakitangan nanti. Bagaimanapun, pihak hospital mengatakan mereka mempunyai perancangan yang teliti mengenai penyusunan staff jadi pihak berkenaan tidak perlu merasa risau.


Menurut maklumat, gambar itu mula-mula menjadi tular apabila Brittney Verville, salah seorang daripada jururawat yang mengandung itu memuat naik di Facebooknya sebelum dikongsikan di Facebook majikannya.

Kredit foto: Facebook
Brittney berjenaka menyatakan, "ada sesuatu dalam air minuman di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Maine, lihat banyaknya bayi akan lahir musim panas ini!". Seorang lagi rakannya memberitahu Stesen TV WMTW bahawa mereka semua merasa teruja apabila satu demi satu jururawat mengumumkan kehamilan masing-masing.


Ini bukanlah kejadian pertama jururawat hamil serentak. Sebelumnya tahun lalu 16 orang jururawat di sebuah hospital di Arizona mengumumkan kehamilan pada masa yang sama.


Kredit foto: Carian Google
Nasib baik Pusat Perubatan itu mempunyai kakitangan yang ramai. 

Bayangkan jika ianya berlaku di hospital di mana berlakunya kekurangan staf, pasti memeningkan jururawat yang lain dengan beban kerja tambahan masing-masing. -CARI
2

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • rosasen

  • dreziftdex


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 1-4-2019 01:30 PM
Bayangkan hospital kita yg ada kes macam ni,

Kesianlah misi misi yang tinggal dengan beban kerja mcm nak mati
Quote Bedah.Cun 1-4-2019 01:32 PM
Kaw beromen ramai2 pada hari n waktu yg same ker? Bupbupbuppubpub
Quote tungkai 1-4-2019 01:33 PM
Ni dah pakat mencelup berjemaah ke apa?
Quote Sang_Pencinta 1-4-2019 01:33 PM
Bedah.Cun replied at 1-4-2019 01:32 PM
Kaw beromen ramai2 pada hari n waktu yg same ker? Bupbupbuppubpub

Saja nak pedajal kawan kawan misi yg dah menopous kan??

Mati nak ganti syif
Quote Nana_Man 1-4-2019 02:22 PM
Kat opis lama dulu, ada ex-colleagues cina pakat2 plan nk branak ard same time.. branak bln january pasal dorang nk cuti bersalin time waktu raya cina. Jadi nya 3 org yg preggy same time. Dept aku pun less than 10 ppl jer. Nasib ada amek extra worker to cover..kalau tak mampus yg lain kene tanggung buat jobs dorang yg beranak tu.
Quote mzzenma 1-4-2019 02:49 PM
dekat ofis mzz baby boom tahun lepas. Antara bulan 2 sampai bulan 10..bersambung2 cuti bersalin..
Quote ikanmasin 1-4-2019 03:31 PM
rezeki diaorg serentak mengandung..seronok nya lah
Quote CharlesDera 1-4-2019 03:32 PM
brazzers...doctor adventures......wakakakakaakakakkakakakakkakaka
Quote RatuDunia94 1-4-2019 03:45 PM
Plot twist... bapa kpd anak2 tersebut ialah lelaki yg sama..
Quote Sang_Pencinta 1-4-2019 03:53 PM
RatuDunia94 replied at 1-4-2019 03:45 PM
Plot twist... bapa kpd anak2 tersebut ialah lelaki yg sama..

Plot twist, semua menghadiri sex party aka  orgy
Quote prettyuglybabe 1-4-2019 04:13 PM
mengandung ni umpama wabak berjangkit ok..
tak caya tengok keliling korang..
kalau sorang mengandung pastu mesti ada yang mengandung jugak
Quote supernaturalee 1-4-2019 04:18 PM
RatuDunia94 replied at 1-4-2019 03:45 PM
Plot twist... bapa kpd anak2 tersebut ialah lelaki yg sama..

Nota :

Pakar sakit puan dorg adalah seorang tuan




ok..this is nonsense
Quote lasagnaklcc 1-4-2019 04:26 PM
Mak I ckp ni penyakit berjangkit biasa kalau cikgu sekolah. Mmg sekali ramai cuti bersalin.
Quote Sang_Pencinta 1-4-2019 04:33 PM
Kenapa berjangkit? Dia nampak baby orang etrus hormon progestron dan estrogen dia meningkat agaknya
Quote Sazida 1-4-2019 04:59 PM
Aku, kak ipar aku, biras aku pn thn ni jgk beranak. Selang dua bulan sorang. ., kitorang tak berjanji k nk bersenggama diwaktu yg sama
Quote dua_chzy 1-4-2019 05:05 PM
prettyuglybabe replied at 1-4-2019 04:13 PM
mengandung ni umpama wabak berjangkit ok..
tak caya tengok keliling korang..
kalau sorang mengandu ...

Macam jugak period.

Dan

Histeria
Menguap
Ketawa

Etc.
Quote Sang_Pencinta 1-4-2019 09:48 PM
Sazida replied at 1-4-2019 04:59 PM
Aku, kak ipar aku, biras aku pn thn ni jgk beranak. Selang dua bulan sorang.  ., kitorang tak berj ...

Kebetulan je ke ?
Quote kerabuBiru 1-4-2019 10:25 PM
Cehh..aku igt Kat Malaysia...ntah mek saleh sama2 cocok sperma masuk burrrrr...dorang hihi
Quote Sazida 1-4-2019 10:26 PM
Sang_Pencinta replied at 1-4-2019 09:48 PM
Kebetulan je ke ?

Hehehe tak terduga bakalan beranak 3 di tahun yg sama.., nk dpt kembar tak dpt. Kembar tahun pn jadiklah wlpn lain2 mak.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.135293 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top