Benarlah orang kata rezeki masing-masing. Kadang-kadang ada rezeki yang sudah ada dalam tangan tetapi terlepas kerana kesilapan kita tetapi jika dijadikan pengajaran, sudah pasti kita ada rezeki yang lain di masa depan, mungkin jauh lebih baik.
Model dan gadis penghias kulit, Haneesya Hanee memenangi pertandingan Dewi Remaja anjuran Karangkraf baru-baru ini tetapi gelaran itu dilucutkan berikutan tersebarnya video pesta arak yang dikatakan melibatkan beliau. Maka, musnahlah impiannya untuk mencipta nama seperti beberapa bekas pemenang pertandingan musim yang lalu. Bagaimanapun, rezeki Haneesya nampaknya tidak terhenti di situ. Di sebalik tersebarnya video yang mencalar imej beliau, nampaknya beliau tetapi menjadi pilihan beberapa program yang ingin bekerjasama. Terbaru, Dato Reiss Tiara, pemilik francais pertandingan Miss Millennium Universe dan World. Mrs World Ambassador telah melantik Haneesya sebagai ikon atau duta kepada pertandingan itu. Sebagai duta, Haneesya akan terlibat dalam fotografi mempromosikan pertandingan dan imejnya akan digunakan dalam poster, risalah dan video untuk pertandingan tersebut.
|
Kurex replied at 1-4-2019 12:23 PM
Pencapaian apa dia ni? Aku tak faham la Malaysia ni, senang sangat bagi title dekat orang yg nothing ...
nuryakmal replied at 1-4-2019 04:13 PM
the founder ni is the owner of ReissJaden , a local wine brewer
ADVERTISEMENT