Lama tak dengar Fathia Latiff. Reda sikit tanpa sebarang kontroversi. Kalau dulu hari-hari sahaja isu tentang dirinya menjadi bualan hangat satu Malaysia.
Dengar kata Fathia kini dalam proses belajar dari kesilapannya yang lepas-lepas. "Insyaallah saya mahu menjadi insan yang lebih baik dan terima kasih kepada semua yang telah support Fathia sehingga menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik. "Apa yang terjadi sebelum ini telah menjadikan diri saya yang sekarang," katanya kepada Media Hiburan. Tambah aktres ini lagi, jangan risau sebab dia akan sentiasa berhijab. Sebelum ini ada pihak yang mendakwa Fathia mengalami masalah bipolar yang teruk.
Tapi ini jawapan empunya badan: "Alhamdulillah sebenarnya itu semua tidak benar. Saya semakin okay berkat kesabaran dan saya jugak banyak luangkan masa bersama keluarga. "Saya tak jalani apa-apa rawatan cuma saya cuba improve diri saya untuk jadi lebih baik." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|