Akibat terlalu ingin mengikut trend terkini di media sosial, dua sahabat berdepan hukuman penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali. Menurut World of Buzz, dua pelajar Tingkatan 5 yang bersekolah di sekolah yang sama itu telah ditangkap pengawal keselamatan pada jam 6.40 pagi.
Kejadian berlaku di IKEA Batu Kawan yang hanya baru dibuka kira kira sebulan lalu. Setelah disoal, suspek mengatakan hanya mengikuti cabaran "24 hours without getting caught". Cabaran tersebut dikatakan hanya untuk menguji keberanian dan kemahiran mengelak daripada pengawal. Namun, aktiviti menceroboh tersebut telah gagal setelah 'kantoi' dalam rakaman CCTV yang menunjukkan mereka 'bersiar-siar' dalam bilik pameran gudang IKEA tersebut. Kedua suspek dikatakan tiba di IKEA Batu Kawan pada jam 8 malam dan cuba menyorok dalam almari pameran sebelum ditutup sepenuhnya pada jam 10 malam. Hanya demi sekeping gambar dan video, kedua sahabat ini sanggup melanggar undang-undang malah berdepan hukuman penjara pula.
Menurut sumber, cabaran ini telah dimulakan oleh seorang Youtuber daripada Belgium iaitu Bakuna Fatata dan dipopularkan dengan modus operandi menyorok di pasar raya selama 24 jam tanpa ditangkap pihak berkuasa. Perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat ini seharusnya dielakkan kerana kecelakaan boleh berlaku tanpa diduga. Jangan ada berita mayat reput di bilik pameran sudah lah selepas ini. Fikir dahulu sebelum buat ya! - CARI |
makton replied at 3-4-2019 07:27 AM
drpd ko dduk 24jam kat ikea smbil jalan2..
baik ko dduk kat kawasan perkuburan sambil baca yaasin u ...
mawar_mustika replied at 3-4-2019 09:11 AM
bermanfaatlh jugakkn klu duk kt kubur tu kan...ni merasalah challange 24hours in jail
ADVERTISEMENT