Bayi berusia empat bulan maut terjatuh dari eskalator tingkat tiga di Pusat Beli-belah Zhenxing di Changping, China pada 30 Mac lalu. Memetik Mirror, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita mendukung bayi sambil memimpin seorang lagi kanak-kanak sedang melangkah ke eskalator berkenaan.
Bagaimanapun, wanita itu tiba-tiba hilang keseimbangan sebelum bayinya terlepas dari dukungannya dan terjatuh dari eskalator berkenaan. Menerusi paparan CCTV, ibu dan anak lelakinya itu bergegas turun ke tingkat bawah. Difahamkan, sebaik tiba di tingkat bawah, wanita terbabit terduduk sambil meraung meratapi kematian anaknya itu.
Paramedik yang tiba di lokasi kejadian berusaha menyelamatkan nyawa mangsa, namun gagal sebelum mengesahkannya meninggal dunia. Laporan media tempatan mengatakan bapa mangsa bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima berita tragis itu, namun bayi terbabit disahkan meninggal dunia sekitar jam 1 tengah hari. Kes masih dalam siasatan polis. - CARI |
AwanCikDania replied at 2-4-2019 12:58 PM
Macam sengaja terlepas ke tak disengajakan. Tapi mmg nampak cuai sangat lah pegang baby mcm tu. Lagi ...
cupu replied at 2-4-2019 01:04 PM
Xkan la sengaja...benda mcm ni in the blink of eyes je...terus tergamam xleh buat apa..aku tgk vid ...
SweetShera replied at 2-4-2019 12:47 PM
kenapa aku ternampak mcm dia sengaja jatuhkan baby tu..huhuhuhu
bulan_gerhana replied at 2-4-2019 01:17 PM
x sanggup tgk.. aku scoll laju gile..
SweetShera replied at 2-4-2019 01:19 PM
xpayah tgk..buat kemurungan je
SweetShera replied at 2-4-2019 12:47 PM
kenapa aku ternampak mcm dia sengaja jatuhkan baby tu..huhuhuhu
RatuDunia94 replied at 2-4-2019 02:04 PM
Naik escalator mmg x boleh dukung budak.. sila naik lift yach!
bulan_gerhana replied at 2-4-2019 01:23 PM
tengkiu... coz aku pun ade baby 10 months.. lesak juge.. tapi jarang bwk gi sopink mall sejak2 byk ...
prettyuglybabe replied at 2-4-2019 01:39 PM
i pun nampak macam tu
pegang baby pun tak kemas..
ADVERTISEMENT