CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Cuti Tanpa Anak Nanti Dah Tua Kena Tinggal!"- Betul Ke?

3-4-2019 01:04 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6223| Komen: 27|Original author: Oleh: Azza



Setiap suami isteri mempunyai perancangan pada keluarga masing-masing. Ada yang bercuti seisi keluarga dan ada juga yang bercuti berdua sahaja dengan alasan tersendiri. Namun, apabila melabelkan pasangan yang tidak sehaluan dengan panggilan kurang manis sebenarnya adalah tidak wajar. Pastinya setiap individu mempunyai alasan masing-masing yang tidak mungkin difahami oleh individu lain.

Luahn seorang netizen mengenai trend ibu bapa yang tidak membawa anak-anak bercuti bersama semakin menular. Ini agak membimbangkan kerana ia mungkin membawa kesan buruk pada masa akan datang seperti ditinggalkan apabila sudah tua nanti. Luahannya itu mendapat pandangan berbelah bahagi antara yang bersetuju dan membangkang. Bagaimanapun statusnya sudah dipadam, tetapi telah dikongsikan oleh beberapa Instagram lain.


Bagi segelintir netizen, pandangan tersebut sangat tidak beradab. Menganggap pasangan yang bercuti tanpa membawa anak sebagai 'selfish' tidak boleh diterima akal kerana situasi masing-masing adalah berbeza. Ini kerana banyak faktor yang mungkin membuatkan anak terpaksa ditinggalkan seperti lokasi percutian yang tidak sesuai, tahap kesihatan anak dan lain-lain. Jadi, usahlah mengukur tahap kasih sayang mereka dengan pembaris kita. Ada ibu bapa yang terpaksa 'mencuri me time' setelah berpenat lelah bekerja. Dalam masa sama mereka tidak melupakan anak-anak dalam percutian yang lain pula.
Jadi, tidak perlu menghakimi orang lain sama ada kolot atau moden. Setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tidak membawa anak ketika bercuti pula tidak bermakna mereka tidak sayangkan anak seperti ibu bapa lain, tetapi ia adalah cara mereka menenangkan fikiran dan badan.

Kredit foto: Carian Internet

Bagaimanapun, ada juga netizen yang merasakan ke mana-mana pun mereka pergi, anak-anak tetap menjadi keutamaan. Serasa tidak lengkap jika anak-anak tiada di sisi. Biarpun terpaksa menggalas penat berganda namun itu semuanya terubat bila melihat anak-anak gembira. Apatah lagi ada ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk bercuti berdua dengan meninggalkan anak-anak dengan pengasuh atau orang tua mereka.
Kredit foto: Carian Internet

Perkara sebegini tidak akan timbul jika tiada pihak yang membangkitkan. Mungkin boleh mempersoalkan motif pasangan lain sama ada membawa anak atau tidak ketika bercuti. Namun melabelkan orang lain dengan kata-kata kurang manis adalah tidak wajar kerana kita tidak masalah atau kesukaran orang lain. Yang lebih baik ialah membuat hal sendiri tanpa mengaibkan mana-mana pihak di media sosial. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 3-4-2019 01:09 PM
abis yang mak bapak korang bercuti bawak korang tu, tua ni kena tinggal gak kan
Quote siputsedut 3-4-2019 01:11 PM
prettyuglybabe: abis yang mak bapak korang bercuti bawak korang tu, tua ni kena tinggal gak kan



Kannnnnn..br nk ckp benda sama
Quote siputsedut 3-4-2019 01:16 PM
Aku bwk anak bercuti bkn sbb takut nnt tua kang anak2 tinggal..tp sbb best n meriah...kalau nk kata me time ..aku ngn husband ada aje me time..and date night tanpa anak2...tp tak lama la..g mlm tgk movie then balik..or hiking jap then balik...anak tinggal kt org...tu dh cukup rest time utk kitorang...so x perlu bercuti tinggal berhari2 x bwk anak...kang tinggal kang jap lg aku jgk dok rindu...time anak2 kecik ni la comel n kelakar keletah diorang...seksok dah remaja ntah2 diorang xnak dh ikut bercuti sbb travel style n preference x sama...

Bg aku..parents yg takut anak tinggal nnt...tak bela bila dh tua ni quiye selfish jgk ..ko beranak sbb nk invest n dpt pulangan ke apa? But lantak ko la kan..aku pon x kesah parents yg tinggal anak g bercuti ..lantak ko lah jgk kan...not my business gituhhhh
Quote RatuDunia94 3-4-2019 01:17 PM
Bercuti ke mana tu? Kalo setakat ke langkawi tinggal ank kat rumah mak pak.. koserrr lahhh.
Quote haryatie 3-4-2019 01:42 PM
Edited by haryatie at 3-4-2019 01:44 PM

setakat ni kalau bercuti mmg mesti bwak ank
kalau tak, xde la nak pergi
rasa ralat x bawak dia org
lg pun ank aku cuma 2 jerk... x kan itu pun nak tinggal
masa ank kecil dulu kalau mcam rasa susah sbb ank masih kecil aku x akan pergi
ni dia org da besar..ke mana saja mesti bersama
apa ada hal...
tp x suka la kalau jenis yg suka ke sana ke mari tp nyusahkan org mintak tolong jagakan ank dia org
Quote lattehazelnut 3-4-2019 02:01 PM
Diorg mampu bercuti 10 kali holiday setahun.. takat 1/10 cuti berdua apa salahnya..
Quote DyBBora2 3-4-2019 02:10 PM
rasanya ni kes mak2 yg suka hang out ngan kwn2 gi obesi tggl anak2 kat bapaknya dgn konsep me time.. rasa2nya lah.. kalo ko xnak bg bini ko hang out ngan kwn2 gi backpackers trip...syhhhh aje la...
Quote dokupangg 3-4-2019 03:37 PM
Cannot brain some people dgn ideologi anak-anak = investment dgn harapan dah tua nanti anak-anak akan sara hidup, bawa berjalan, etc. You lead your life and make enough savings for your retirements. Dont put burden on your kids in the future. Independent gituh. Dpt anak yg berjasa alhamdulillah. Dpt anak yg tak berapa nak berjasa then at least korg tak sumpah mereka jadi peti ais.

Sukati korang la then nak berjalan bawa anak ke tak. Benda ni ada rules and regulation nak kena follow ke hapa?

Oh btw iols jenis hangkut je anak aku dua ekor ke mana2 aku pegi. Takleh pisah cinta mati gitu. But ada je kengkawan yg tinggal anak then p Krabi. Ok jahhh dorg punya holiday tak guna duit aku pun.
Quote annehuda 3-4-2019 03:50 PM
dokupangg replied at 3-4-2019 03:37 PM
Cannot brain some people dgn ideologi anak-anak = investment dgn harapan dah tua nanti anak-anak aka ...

agree ngan pendpt ko.  bukannye anak-anak tu yg mengharapkan diorg dilahirkan di dunia, makbapak tu yang gatal mengeseks smpi terkeluar anak tapi tak plan masa depan anak tu.

dan aku pun disagree dgn makbapak yg beranak pandai, pastu menyusahkan anak-anak yang tua pulak kene support anak-anak yang lain.  
Quote ufc214 3-4-2019 05:11 PM
siputsedut: Aku bwk anak bercuti bkn sbb takut nnt tua kang anak2 tinggal..tp sbb best n meriah...kalau nk kata me time ..aku ngn husband ada aje me time..and dat ...

sy setuju dgn pandangan siputsedut... sy memang suka bwk anak2... sbb itu lah permata rindu hati setiap masa
Quote cikgujun 3-4-2019 05:46 PM
Dari kecik mmg angkut semua pergi mana2, dulu kami merantau ke UK mana boleh suka suki tinggal anak2 with parents but then nmpk my children very independent, more knowledgeable & more adventurous since we bring them all over the places
I treasured all the memories created with them, klu we dinner together boleh throwback places yg kami travel, funny stories ke
Quote amyza 3-4-2019 09:07 PM
Bila bercuti dengan kawan2 confirm lah tak bawa anak2. Husband i pun ok je,tolong jaga anak2. Pandai lah dia bawak keluar jalan2. Kalau family holiday,pilih tempat yang budak2 suka & tak boring.
Quote ikanmasin 3-4-2019 09:09 PM
me pun kalau g memana mst bawa anak2.suami takleh dgn akk sekali sama
anak2 mst ada depan mata..cuti ke hal keje ke amik la cuti sehari dua angkut
jg anak2..meriah dlm kete.kecoh mlt anak2 pokpek.tu yg kami rindu bila diaorg
da bsr ni.sll cerita2 dgn anak2..gelak ketawa lah bila dgr..org lain tak tau la tp
akk mmg tak bole.hehehehe
Quote onexox97 3-4-2019 10:29 PM
Saya tak bercuti..... setakat ni sy selalu pikirkan daripada bercuti baik balik jenguk mak ayah kat kampung sementara mereka hidup
Mungkin pemikiran ni berubah masa depan tapi setakat ni Nilah gaya sy mikir
Baru ni cuti sekolah rasa macam malas ambik cuti sebab baru je balik raya cina bulan dua tapi bila mikir lamanya nak tunggu Raya puasa baru balik so gigihkan dan gagahkan jua
Quote onexox97 3-4-2019 10:30 PM
Tapi orang laki sembang kemas gajah boleh terbang ni bukan boleh pakai
Dia nampak je bersama anak padahal yg banyak buat keje bini dia
Quote mrshollow 3-4-2019 10:51 PM
Bagi sy,sy lebih suka berjalan dgn ank2..apa yg sy buat bukan utk mengharapkan balasan ank2 utk bwk sy bila tua..just utk merasa moment bersama ank2 sementara masih mau ikut mak paknya..masa dorg utk membesar sgt2 cepat..bila dh besar nnt semua bwk diri masing2 bersama2 dgn kwn2..lgpun sy mmg xblh berjauhan dgn ank2 lama2.rasa bersalah bila tggl..biar la sy bw bersama bila bercuti.lg meriah bila ada ank2..memandangkan kos zaman skang tinggi utk bwk melancong ramai2 jd sy had ank sy 2 saja.heheh..dan Alhamdulillah Allah kurnia kan sy sepasang..ckup la.dan sy xkisah dgn pendpt yg bercuti berdua tnpa bwk ank tu.hal masing2 dan rezeki masing2
Quote syidapink88 4-4-2019 12:53 AM
Cmne pn msti bw anak.... Susah sng brsama
Quote eddlyna 4-4-2019 01:40 AM
Husband i pulak selalu demand nak
bercuti berdua at least setahun 2 kali.. so kalau macam minggu ni dah bercuti berdua, minggu depan kenalah ganti bawa anak2 pulak.

Quote Queenmastani 4-4-2019 02:16 AM
Experience beberapa kawan iolss pg bercuti tanpa anak2 sudahnya jadi tak best..asal nmpk iskrim nangis tringat  ank, tgk ank org lain nangis lagi ..sudahnya mood holiday spoilt   


Pnh uji my husband nk tak kita pg vacay tinggal bdk2..laju je jwb taknak..saje je iolss nk tgk perangai dia

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.094065 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top