CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Gara-gara Tersalah Pintu Rumah

3-4-2019 10:34 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 5155| Komen: 24|Original author: Oleh: Nia M

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dari Georgia, Amerika Syarikat, menemui ajalnya gara-gara tersalah pintu rumah. Mangsa dikenali sebagai Omarian Banks.

Memetik New York Times, kejadian ini terjadi pada waktu malam, di mana Omarian telah menghubungi teman wanitanya, Zsakeria Mathis suntuk bertemu di pintu hadapan rumah mereka. Namun, tiada ketukan di pintu menyebabkan Zsakeria keluar untuk menjenguk dan terdengar suara Omarian dalam pertengkaran dengan seseorang.


Zsakeria sempat terdengar suara Omarian merayu supaya tidak ditembak lagi selepas tembakan pertama dilepaskan. Omarian berteriak, "Maafkan saya, saya salah pintu," manakala seorang lagi lelaki membalas, "Tidak, awak tidak berada di pintu yang salah" lalu menembaknya sebanyak dua kali lagi dan suasana terus bertukar sepi. 


Kredit foto: huffpost

Zsakeria berlari ke tingkat bawah dan mendapati Omarian sedang terbaring berlumuran darah. Omarian disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di lehernya. 


Terdapat saksi lain yang turut mendakwa mendengar Omarian merayu untuk dilepaskan. Zsakeria mendedahkan bahawa teman lelakinya itu masih belum biasa dengan selok-belok kawasan apartment mereka kerana masih baru berpindah menyebabkan dia tersalah rumah. 

Pembunuh Omarian yang dikenali sebagai Darryl Bynes, 32, ditahan di rumahnya serta-merta. Difahamkan, Darryl sebelum ini pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali. 


Kredit foto: huffpost

Keluarganya bagaimanapun, mempertahankan Darryl supaya tidak dikenakan tuduhan membunuh. Menurut mereka, Darryl seorang ayah kepada lima anak dan dia tidak bersalah, bahkan dia hanya ingin melindungi keluarganya. 

Bayangkan, tersalah ketuk pintu rumah memang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bagaimana jika kita tersalah mengetuk pintu rumah samseng? Semoga anda di luar sana lebih berwaspada! - CARI
2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • edmorita79

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yoppoy 3-4-2019 11:08 AM
Amareka dan loose gun control berpisah tiada. Yang tukang tembak tu dah satu hal, takleh ke tembak kat kaki je. Ni sampai elok mampos orang tu dikerjakannya
Quote azwanaliori 3-4-2019 11:42 AM
Boleh jd salah masuk rumah boleh jadi  cubaan mencuri.

Apa pun perlu ke tembak smpi mati, tackle utk demobilise dah la pastu panggil polis. Ni berlagak betul tembak org smpi mmpus, apa org tu ternampak ko tgh packing kokain ke ape
Quote EvieWanKenobi 3-4-2019 12:00 PM
takkanlah tak boleh maafkan..
Quote Lelaputra 3-4-2019 12:03 PM
Ngeri weih...X paham apsal sampai nak kena tembak budak tu sampai mati..tersalah pintu rumah jer pun

Quote fizamn 3-4-2019 12:27 PM
gun law rules.. only applicable di USA..
Quote haryatie 3-4-2019 01:37 PM
kejamm
salah pintu jerk pun
Quote missinpiece 3-4-2019 11:55 PM
Erk
Quote justchu 4-4-2019 12:03 AM
Ewww hot temper tahap mental sampai mati anak org
Quote Matakilat 4-4-2019 12:05 AM
Kesiannye...
Quote 234126 4-4-2019 12:13 AM
Gambar mangsa kat depan pintu dgn tangan mcm tu tu mcm premonition. Kesian mangsa. Honest mistake. Yg tembak tu sumbat je masuk penjara.
Quote ctaz 4-4-2019 12:14 AM
ummah US dengan keganasan memang tak dapat dipisahkan.....
Quote dua_chzy 4-4-2019 12:17 AM
Kes racism kan? Karna family suspek kata kunon suspek cuma mahu pertahan keluarga? Sah2 suspek ingatkan Omarian tu penjenayah disebabkab heol black. Macam jg ummah sini, nampak keling mundar mandir depan pintu rumah musti dah cuak.
Quote moonbug 4-4-2019 12:24 AM
Whoa. Trigger happy on the loose
Quote ikanmasin 4-4-2019 12:33 AM
kalau tembak sekali mungkin org akan fhm..
tp dah berkali2.itu bukan sengaja lg mmg sah2
dgn niat kan..dah anak2 hilang bapa pl sbb meringuk
dlm penjara..
Quote TravellingBear 4-4-2019 01:20 AM
Yg menembak tu tak tahu undang2 ke. Kalau tembak tak mati mungkin la hukuman ringan.... now... mangsa dah mati.... Dah kau kat penjara.... siapa pulak nak “melindungi keluarga” sepanjang kau tkde ....hadoiii. Terpaksa la anak2 dia ada bapak angkat duduk skali utk protect gitu ke
Quote yoppoy 4-4-2019 01:26 AM
dua_chzy replied at 4-4-2019 12:17 AM
Kes racism kan? Karna family suspek kata kunon suspek cuma mahu pertahan keluarga? Sah2 suspek ingat ...

Bukan si suspek pun nigga ke? Maybe nigga benci black = racism. Macam ummah melayu benci meleis
Quote dua_chzy 4-4-2019 01:28 AM
yoppoy replied at 4-4-2019 01:26 AM
Bukan si suspek pun nigga ke? Maybe nigga benci black = racism. Macam ummah melayu benci meleis

Manada nigga muka gitu. Btw, akak google dan akak betul. Uol baca perkara ke 2:

https://www.google.com/amp/s/hea ... -omarian-banks/amp/
Quote yoppoy 4-4-2019 01:34 AM
dua_chzy replied at 4-4-2019 01:28 AM
Manada nigga muka gitu. Btw, akak google dan akak betul. Uol baca perkara ke 2:

https://www.goo ...

Racial slur dalam most of American media's context = sebut nigga. So sesama blacks dia memang tu je la diaorang dok zikir. Plus perkara ke 5 tu cousin dia elok hitam gelap gelemak. Maybe pelaku ni dah kacuk ngan kokesen sikit so level gelap dia dalam 10 tona lebih cerah
Quote dua_chzy 4-4-2019 01:42 AM
yoppoy replied at 4-4-2019 01:34 AM
Racial slur dalam most of American media's context = sebut nigga. So sesama blacks dia memang tu j ...

Bila tengok bebetul gambar suspek, mungkin juga. Akak syak heol ummah hispanik or polynesian memula.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.043655 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top