CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wisma Putra Kongsi 6 Tips Berhadapan Kecemasan Ketika Melancong Ke Luar Negara

4-4-2019 06:08 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3397| Komen: 12|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sudah banyak tips dan panduan dikongsikan oleh kaki travel apabila melancong ke luar negara. Dari cara murah menempah tiket sehinggalah cara-cara mengelakkan penipuan. 


Kredit foto: Carian Google


Bagaimanapun baru-baru ini, Pejabat Wisma Putra di Kementerian Luar Negeri Malaysia telah mengeluarkan sebuah video untuk memberi panduan kepada orang awam ketika berhadapan dengan kecemasan.


" data-width="500">Loading FB Post...



Penerbitan video itu tepat pada masanya memandangkan sejak akhir-akhir ini banyak kejadian malang menimpa warga negara ketika melancong. Antaranya, kes pelancong meninggal dunia berikutan gempa bumi di Indonesia dan kes kemalangan maut di Thailand.


Menurut video itu, ini 6 tips penting ketika berhadapan kecemasan ketika berada di luar negara;


1. Insurans Perjalanan

Pastikan anda mengambil insurans perjalanan. Sekiranya anda tidak mempunyai insurans travel tahunan dengan agen berdaftar, sekurang-kurangnya pesanlah Insurans bersama-sama dengan tiket anda untuk sekali perjalanan. Ini penting ketika berdepan tragedy kemalangan, kematian atau bencana alam.


Kredit foto: Utusan




2. Simpan Salinan Dokumen Penting Online

Buat fotokopi atau Salinan semua dokumen seperti kad pengenalan, passport, itinerary dan senarai nombor telefon dan alamat perhubungan penting. Simpan di beberapa tempat dan satu salinan mesti disimpan dalam folder email anda.



Kredit foto: Carian Google



3. Buat Laporan Polis Sebelum Ke Kedutaan

Dalam apa jua kejadian yang menimpa anda, pastikan anda membuat laporan polis segera sebelum membawanya ke kedutaan terdekat. Ini kerana tanpa laporan polis, proses bantuan akan tergendala.


Kredit Foto: Carian Google



4. Jika Berada Di Negara Tanpa Kedutaan Malaysia, Hubungi Kedutaan di Negara Terdekat

Pastikan anda tahu di mana lokasi Kedutaan tempat anda melancong. Login ke laman web Kementerian untuk mendapat alamat Kedutaan terdekat. Sekiranya anda melawat negara di mana tidak ada Kedutaan Malaysia, sila pastikan anda tahu alamat kedutaan di negara terdekat.

5. Hubungi Kedutaan Ketika Berlaku Kemalangan atau Kematian Rakan 

Tugas dan tanggungjawab kedutaan ialah membantu warganegara kita dalam segala urusan di luar negara. Sekiranya anda berhadapan dengan segala jenis masalah, hubungi kedutaan dengan kadar yang segera. Jangan hadapinya berseorangan.


Kredit foto: Utusan



6. Daftar Dengan Sistem E-konsular 

Pastikan anda mendaftar di Sistem E-konsular (https://ekonsular.kln.gov.my/en/) supaya pihak Kedutaan mempunyai maklumat mengenai perjalanan anda. Ini untuk memastikan bantuan dapat diberikan segera jika anda memerlukannya.


Kredit foto: Wisma Putra


Bagi yang sudah pernah melakukan perjalanan ke luar negara, pasti anda sudah mengetahui kebanyakan tips yang diberikan ini. Tetapi ianya tetap berguna bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti backpacking.- CARI 
5

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • yukisakura

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jagung5 4-4-2019 06:52 PM
tq so much for the info..
Quote missinpiece 4-4-2019 06:57 PM
Good info
Quote Sang_Pencinta 4-4-2019 07:10 PM
Edited by Sang_Pencinta at 4-4-2019 07:11 PM

[fbv]808343426195382[/fbv]
Quote Megikari 5-4-2019 10:37 AM
Ramai kawan i yg suka gi obersi tapi malas ambik travel insurans. Overkompiden sangat yg diorang punya travel takkan ada masalah. I hanya mampu angkat kening je la dengan spesis kedekut mcm ni
Quote Artemesiaa 5-4-2019 01:11 PM
6 tips berguna untuk semua kaki travel
Quote bungarose 5-4-2019 07:11 PM
Info yang sangat berguna
Travel insurance wajib ambil....kalau mampu ambil ler yang terbaik
Quote nuno 5-4-2019 10:31 PM
AXA travel insurance dalam RM150 pun dah dapat coverage yg cun dah
Quote Meiizu 6-4-2019 07:45 AM
Sistem e-konsular tu I baru tau...ok tq goog info tt
Quote supernaturalee 6-4-2019 08:35 PM
Good info

Ada dlm btk info grafik x
Nk share dgn famili dan kenalan

Quote Sang_Pencinta 6-4-2019 09:05 PM
supernaturalee replied at 6-4-2019 08:35 PM
Good info

Ada dlm btk info grafik x

Save video kat post #4
Quote farlis 11-4-2019 06:19 PM
I mmg scan & simpan dokumen penting. Passport, visa etc & save dlm emel. Wajibbbb..
Travel insurans, xkan la x mampu beli kut.. Tiket flight ribu riban mampu beli..

Anyway.. Tips lain2 mmg berguna


Quote yukisakura 29-7-2019 05:55 PM

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040713 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top