Selama ini peminat belum tashu kenapa Pekin Ibrahim pilih Mona Allen menjadi suri hidupnya. Bukan hanya sebab cantik tapi Pekin suka sebaba Mona adalah seorang yang sangat memahami dan pandai berdikari.
Kata Pekin dia tak suka wanita yang hanya mahu berkepit dan mengongkong kerjaya seninya. "Saya ada kerja, Mona pun ada kerja sendiri. Jadi dia boleh berdikari dan itu yang membuatkan saya selesa. Dia tak pernah marah saya nak pergi mana. "Dia tahu saya kerja macam mana. Duduk pejabat, ada penggambaran dan mensyuarat kadang-kadang tak balik pun dia okay cuma kena beritahu,"katanya kepada mStar Online.
Tambahnya Mona tak kisah dia jadikan kerja sebagai keutamaan berbanding dirinya, "Bagi saya memahami itu penting sebab saya kerja nombor satau dan isteri nombor dua. Tapi Mona tahu benda tu dan dia tak kisah Dia sentiasa sokong kerja saya."
Perbezaan sebelum kahwin dengan selepas kahwin pula tak banyak beza,cuma kini kehidupanya lebih teratur. "Rasa hidup dah lengkap. Dulu tak ada orang jaga tapi sekarang dah ada orang tolong jaga makan dan pakaian saya. "Kalau sebelum ini kami berdua tak ada orang uruskan kerjaya tapi sekarang masing-masing saling membantu dalam menguruskan segala berkenaan kerja. Jarang ada wanita tak kisah macam Mona Allen, ini kira macam satu dalam sejuta. Untunglah Pekin tak begitu? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|