|
Seorang pencuri sanggup memanjat keluar dari tingkap di tingkat 23 untuk mengelak daripada dicekup polis. Shanghaiist melaporkan, pada 24 Mac lalu, seorang lelaki melakukan rompakan bersenjatakan pisau di sebuah kedai di wilayah Hunan. Dalam kejadian itu, suspek membawa lari kad bank pemilik kedai berkenaan dan wang tunai berjumlah 10,000 yuan (RM6,076). Selepas melakukan siasatan, polis berjaya mengesan suspek di sebuah apartment berhampiran daerah Ningxiang. Bagaimanapun, sebaik serbuan dibuat, polis melihat suspek sudah berdiri di luar tingkap di tingkat 23 bangunan berkenaan. Menerusi video rakaman kejadian, lelaki terbabit kelihatan dalam keadaan panik dan ketakutan sebelum polis berjaya menariknya masuk melalui tingkap.
Suspek yang dibawa masuk kelihatan menangis dipercayai ketakutan kerana nyawanya hampir malayang atau mungkin bimbang memikirkan nasibnya yang akan dibawa ke muka pengadilan. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.191485 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.