CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Pulanglah Halim..." - Semoga Kuasa Viral Menemukan Keluarga Dengan Lelaki Bernama Halim

4-4-2019 12:36 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6291| Komen: 21|Original author: Oleh: LilRose


Kredit foto: Gambar Hiasan


Kecoh di Twitter 'mencari' individu bernama Halim sejak seorang pengguna mendedahkan rakannya menerima pesanan ringkas dipercayai daripada keluarga lelaki itu.



Difahamkan, Halim mungkin telah bertukar kepada nombor telefon lain memandangkan rakan wanita terbabit sudah menggunakan nombor berkenaan sejak setahun lalu.



Perkongsian itu mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan netizen hingga ada yang mendakwa Halim mungkin melarikan diri kerana berkecil hati dengan ibu bapanya.

Lebih ekstrem, ada yang mendakwa tindakan lelaki itu melarikan diri dari keluarga mungkin didorong rasa tidak tahan didera keluarga.



Malah, ada yang juga berteka-teki mengenai status sebenar 'ibu' yang mengirimkan pesanan berkenaan.



Namun, ia terjawab selepas mStar Online menghubungi wanita yang dikatakan sedang mencari individu berusia 20-an terbabit.


Kredit foto: Twitter

Menurut portal berkenaan, wanita terbabit sebenarnya merupakan ibu saudara kepada Halim.

Katanya, ibu Halim sudah lama meninggal dunia dan bapanya kini tinggal bersama dan dijaga ibu saudara serta sepupu-sepupu Halim.

Kali terakhir mereka berhubungan adalah sekitar akhir tahun lalu sebelum Halim keluar dari grup sembang WhatsApp dan menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Difahamkan, Halim bekerja di Melaka dan dia dipercayai masih berada dalam Malaysia.

Pulanglah Halim, kasihanilah ayahmu yang sudah tua itu. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 4-4-2019 12:43 PM
ke mna pulak si halim ni...
smoga Allah bukakan pintu hati halim ukt berjumpa ibubapa dn ahli keluarga
Quote buragazz 4-4-2019 12:49 PM
Kat opis aku ni ada dua Halim tapi tgk kan cara bukan jenis tinggal kan keluarga dua2 Halim.. btw aku kat Melaka...
Quote AwanCikDania 4-4-2019 03:06 PM
Semoga dapat bertemu kembali.
Quote RatuDunia94 4-4-2019 03:22 PM
Ada bau2 hasanah x?
Quote trisnalovezul 4-4-2019 03:57 PM
pulanglah halim..ayah mu merinduimu
Quote prettyuglybabe 4-4-2019 03:57 PM
kalau betul dia contact makcik halim tu semula, apasal dia tak tanya nama penuh halim nama bapak nama mak umur alamat segala..
reveal la details tu baru la orang boleh bantu..
ko pikir nama halim tu unik ke one and only dalam malaysia..
so i vote hasanah jugak...
Quote tagas 4-4-2019 07:46 PM
sy putar halim
Quote CiliPadiSedap 4-4-2019 11:34 PM
Kaka kenal halim roda impian sahaja. Tp kaka xpernah masuk pertandingan itu
Quote munchkin 5-4-2019 06:17 AM
Koser sangat ngan parents yg sikit sikit ugut tanggang batu belah batu bertangkup derhaka ke lanc. Emotional abusing anak2.
Quote 234126 5-4-2019 07:26 AM
Mcm nak setuju pulak yang avatar rainbow tu ckp. Ibu bapa tak boleh harap pembalasan daripada anak2. Tugas hanyalah membesarkan zuriat sebaik mungkin seikhlas hati. Kalau betul cara, anak2 akan balas dengan kebaikkan insha Allah. Kalau salah cara, anggap itu kifarah. hati kena redha atas setiap perbuatan ada kifarah masing2.
Quote ayyyyangg 5-4-2019 03:29 PM
Ke mana la halim pergi?
Quote ikanmasin 5-4-2019 03:52 PM
mudah2an halim lembutkan lah hati g tgk bapa tu..kesian
Quote lee_sakura 5-4-2019 04:54 PM
hidup lg ke halim ni, ke dh mereput...geram je aku dgn anak yg mcm ni...kalo dh ade bini mmg setan la bininya, slalu suami akan ikot ckp bini bila dh kawen
Quote supernaturalee 6-4-2019 11:59 PM
Dlm ellen ada segment psl dpt text dr org xdikenali
Yg klkrnya respon dr org yg terima tu
Cool je

Quote fazamania 7-4-2019 10:13 AM
Kena sorok bunian jugak?
Quote chinta89 8-4-2019 12:40 PM
kalau bukan hasanah 2.0 semoga dipermudahkan segalanya.
Quote Chairman 28-5-2019 11:36 AM
ni rekaan ke atau betul2 kejadian?
Quote pia250110 28-5-2019 12:24 PM
kat area umah aku ade sorg name halim,,hari2 duk tawaf pakai sua pendek nampak bontot,,sian halim,,,
Quote Potpouri 28-5-2019 04:24 PM
Masalah keluarga orang pun sibuk nak amik tau netizen ni pun...

haha

Tu dekat rumah orang tua2 tu ramai lagi macikpacik yang rindu dan tunggu anak2 depa.

Cuba viralkan satu2

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.089021 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top