|
Golongan wanita dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sekeliling apabila berada di tempat awam. mStar Online melaporkan, pesanan seorang pengguna twitter itu merujuk kepada perbuatan seorang lelaki yang kelihatan sengaja bergesel dengan pelajar sekolah di sebuah restoran.
Takan berdurasi sembilan saat yang tular di media sosial itu menyaksikan seorang pelajar perempuan berdiri di tepi meja makan. Tiba-tiba datang seorang lelaki ke arahnya sambil menggeselkan dada ke bahu pelajar tersebut. Pelajar perempuan lain yang berada di meja makan di situ turut terkejut dengan tindakan lelaki berkenaan.
Menurut seorang pengguna Twitter @aliafatehaa, lelaki berkenaan duduk di satu sudut dan memandang kumpulan pelajar perempuan itu sambil tersenyum-senyum. Ramai pihak menggesa pelajar terbabit membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit. -CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.126811 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.