Kehadiran anjing liar di sesebuah kawasan perumahan seemmangnya membimbangkan. Selain mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising, anjing-anjing ini juga kadang kala membawa penyakit berbahaya dan menggigit orang awam terutamanya kanak-kanak.
Oleh sebab itulah Majlis Perbandaran mempunyai tanggungjawab besar untuk menangkap anjing-anjing liar ini demi membasmi penularan penyakit berjangkit dan mengekalkan ketenteraman awam. Bagaimanapun, sekeping gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook Borneo mencetuskan perdebatan hangat. Ini kerana gambar itu menunjukkan beberapa ekor anjing liar dibunuh dengan kejam. Tambah memanaskan perbincangan, seorang netizen yang mengaku pernah bekerja dengan sebuah Majlis Perbandaran mendedahkan bagaimana mereka menangkap, menjerut, mengikat dan membalun anjing-anjing liar ini sebagai cara mudah untuk membasmi mereka. 'Team akan ke tapak lokasi, jerut dan tangkap masuk lori, ada yang diikat, dijerut dan dibalun sampai mati tanpa perikemanusiaan, kami hanya ikut arahan' kata lelaki yang dirahsiakan namanya itu. Beliau bagaimanapun mengatakan sudah berhenti kerja kerana tidak lagi sanggup melakukan kerja yang kejam itu. Berikutan pengakuan lelaki itu, netizen mengutuk sekeras-kerasnya cara yang digunakan untuk membasmi anjing-anjing tersebut. 'Mereka pun makhluk Tuhan, tak wajar kita bunuh dengan kejam' kata seorang netizen. 'Kita sebagai manusia perlu ada hati nurani, ingat balasan tuhan' tambah seorang lagi. Bagaimanapun sesetengah lagi menyalahkan pemilik anjing yang tidak menjaga dan mengawal binatang peliharaan mereka sehingga mengancam orang awam. 'Ada juga tuan yang tidak dapat dikesan sedangkan anjingnya berkeliaran dan menyebarkan rabies dan penyakit berbahaya lain,' kata netizen lagi. Yang pasti, netizen menggesa majlis perbandaran supaya menggunakan kaedah yang lebih bersesuaian untuk membasmi masalah anjing liar ini. -CARI
|
5
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
3
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 6-4-2019 12:49 PM
Kenapa xmandulkan anjing? Mungkin blh guna cegah hamil? Kondom?
najib888 replied at 6-4-2019 12:48 PM
Betui ka cerita mamat yg kononnya penah keja majlis perbandaran tu? Setau aku, sop depa, suntik deng ...
najib888 replied at 6-4-2019 12:48 PM
Betui ka cerita mamat yg kononnya penah keja majlis perbandaran tu? Setau aku, sop depa, suntik deng ...
ADVERTISEMENT