CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ubah Sahaja Nama ECRL Kepada East Coast Rantau Link, Sindir Netizen

8-4-2019 10:34 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2742| Komen: 6|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Gambaran netizen tentang jajaran baharu ECRL sekiranya melalui Negeri Sembilan. 

Kredit foto: Facebook

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dijadikan bahan lawak oleh netizen berikutan kenyataannya berhubung perubahan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan.

Ramai di antara mereka sukar menerima pengumuman itu kerana ia boleh menyebabkan jajaran asal yang menghubungkan Pantai Timur dan Pelabuhan Kelang terpaksa dilencongkan.


Lim Guan Eng. Kredit foto: Facebook


Sebahagian besar netizen menyifatkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP membuat pengumuman sedemikian semata-mata untuk menarik sokongan pengundi terhadap calon Pakatan Harapan (PH), Dr S. Streram dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April ini.

Sehubungan itu, beberapa netizen melalui ruangan komen dalam laman Facebook milik Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyarankan kepada kerajaan untuk melencongkan jajaran ECRL ke semua kawasan yang bakal menghadapi PRK termasuk Sandakan.


Kredit foto: Facebook

Ada juga netizen yang melontarkan cadangan 'nakal' agar nama ECRL dalam bahasa Inggeris ditukar sempena perubahan jajaran tersebut.

Antara nama baharu yang disarankan adalah 'East Coast Rantau Link', 'East Coast Rantau Lim' dan 'Wild Wild East West North South Railway Link (WWEWNSRL)'.


Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook

Di sebalik segala kecaman yang dilontarkan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan perubahan jajaran ECRL akan dilakukan untuk memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya projek itu diteruskan selepas rundingan antara kerajaan Malaysia dan China dijalankan pada akhir bulan ini.

Memetik laporan Bernama pada 7 April, Anthony menjelaskan, rundingan yang bakal diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu antara lain bertujuan membincangkan pengurangan kos projek ECRL.


Kredit foto: Facebook

Memang patutlah dikecam netizen. Rundingan untuk meneruskan projek ECRL belum pun bermula, namun Guan Eng sudah membuat pengumuman. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 8-4-2019 11:49 AM
sudahlah kau cina sepek. auta manjang. rakyat pn dh makin menyampah
Quote hussaini4675 8-4-2019 11:55 AM
mizruncing: sudahlah kau cina sepek. auta manjang. rakyat pn dh makin menyampah


malaysia boleh kena kincing ma
Quote seramado 8-4-2019 05:10 PM
lawak betul..tiba2 n9 masuk dlm list haha
Quote hussaini4675 8-4-2019 05:58 PM
seramado: lawak betul..tiba2 n9 masuk dlm list haha


Pancing undi kat rantau
Quote ultra78 8-4-2019 06:07 PM
Hahahaha..memang kelakar. Dulu bukan main tak sabar nak cancel ecrl. Skrg ni terlebih teruja pulak dengan ecrl.
Quote hussaini4675 8-4-2019 06:40 PM
ultra78: Hahahaha..memang kelakar. Dulu bukan main tak sabar nak cancel ecrl. Skrg ni terlebih teruja pulak dengan ecrl.


Masyuk bang. Sepenggal je nak kaut duit.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037977 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top