|
Remuklah hati para lelaki di luar sana yang menyimpan perasaan cinta terhadap Nelydia Senrose apabila dia selamat dinikahkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Mohd Hafez Halimi. Dikatakan hampir 300 tetamu dijemput hadir ke majlis itu. Keluarga Hafez telah memberi mas kahwin sebanyak RM10,000 kepada Nelydia dan sembilan dulang hantaran berbalas 11 oleh pengantin perempuan. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan. Nelydia, 24, dan Hafez selamat berkahwin pada Sabtu lalu jam 3.28 petang di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Majlis itu dihadiri kaum keluarga, sahabat dan rakan artis. Nelydia kelihatan sangat anggun dengan gaun serba putih dan dia meluahkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar.
Berikut adalah beberapa koleksi gambar suasana sekitar majlis perkahwinan Nelydia Senrose. Semoga pasangan ini bahagia selalu. - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.117520 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.