Remaja lelaki berusia 16 tahun menggantung diri di kipas kerana kecewa dilarang bermain permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG). Memetik Times of India, kejadian berlaku pada 1 April di daerah Malkajgiri, India. Mangsa, Kallakuri Sambashiva merupakan pelajar di sebuah sekolah swasta, Gouthami School, manakala bapanya, K Bharath Raj, 45, seorang paderi.
Menurut jurucakap polis Malkajgiri, Sub Inspektor K Sanjeeva Reddy, Sambashiva yang sering bermain PUBG berang apabila dia dilarang ibunya, Umadevi daripada bermain permainan itu pada malam Isnin kerana akan menduduki ujian Bahasa Inggeris pada keesokan harinya. Kecewa dengan larangan itu, dia masuk ke bilik dan mengunci pintu. Curiga dengan anaknya yang tidak keluar bilik, ibu bapa mangsa memecahkan pintu sebelum menemui Sambashiva tergantung di kipas siling menggunakan tuala.
Mangsa dikejarkan ke hospital, namun dia disahkan sudah meninggal dunia. Susulan kejadian itu, banyak pihak menuntut agar permainan ganas itu diharamkan kerana ia memberi impak negatif kepada pemainnya terutama kanak-kanak. - CARI
|
DollahRepek replied at 8-4-2019 04:31 PM
Kalo random dgn india nie mmg bingit telinga. Sama dgn indonesia jugak. Bunyik ayam, moto, mak marah ...
Victorioussss replied at 8-4-2019 07:18 AM
So jadi kotak x lepas mati
Pubg dari india la plg selfish. Bkn terer mana pn..mana2 server mmg ke ...
OttoVonBismark replied at 8-4-2019 05:36 PM
maksud ko paling selfish ? macam mana tu ?
DollahRepek replied at 8-4-2019 03:31 PM
Kalo random dgn india nie mmg bingit telinga. Sama dgn indonesia jugak. Bunyik ayam, moto, mak marah ...
muggleDylla replied at 8-4-2019 05:22 PM
ya ampunnnnn sungguh! indonesia x paham aku bunyi ayam bagai..lawak pun ade..celah lorong mana dor ...
Felycya replied at 8-4-2019 08:53 PM
Adek aku main tibeerrrr lori cina jual tilam lalu..
Tilaammm.. Tilaaammm.. Boi sai tiilaammm.. ...
ADVERTISEMENT