CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahu Anak Meninggal Melalui Facebook

25-9-2013 04:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27836| Komen: 233


Putrajaya: Seorang bapa bukan saja sedih meratapi kematian bayinya yang baru berusia lima bulan dipercayai akibat tersedak susu, malah lebih memilukan kerana nasib malang menimpa anak tersayang hanya diketahuinya menerusi Facebook.

Ismail Ramli, 28, berkata beliau mendapat tahu kejadian itu selepas membaca Facebooknya lalu terus menghubungi pemilik pusat asuhan yang menjaga anaknya, Muhammad Danish Raykal di Presint 9, tetapi tidak mendapat jawapan memuaskan.
“Saya kesal perkara sebesar ini hanya diberitahu melalui Facebook, malah ketika ditanya hal berkenaan, dia (pemilik pusat asuhan) hanya jawab ‘tak tahu’ dan sekadar meminta saya segera ke bilik kecemasan Hospital Putrajaya.

Tubuh anak kebiruan

“Saya bergegas dari tempat kerja di Cheras dan sebaik tiba di hospital, lihat isteri sudah ada di situ. Kami masuk ke bilik kecemasan dan melihat tubuh Danish Raykal kebiruan. Saya dimaklumkan sebelum kami tiba, doktor sudah mencuba sedaya upaya memberikan bantuan kecemasan hampir setengah jam, tetapi tidak berhasil,” katanya.

Ismail yang ditemui pemberita di rumahnya di Presint 9, berkata beliau sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung kejadian menimpa anaknya itu yang disahkan meninggal dunia kira kira jam 3.30 petang di Hospital Putrajaya.

Pusat asuhan minta maaf

Sementara itu, ibu bayi malang berkenaan, Zurinawati Ismail, 26, berkata ketika menghantar mangsa bersama kakaknya, Nur Damyya Zulaikha yang berusia dua tahun lapan bulan ke pusat berkenaan, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Dia seperti biasa, cuma malam sebelumnya, dia batuk tetapi tak teruk. Saya juga hanya tahu perkara ini melalui mesej di Facebook. Pemilik pusat asuhan ada meminta maaf dan mendakwa cuba menghubungi saya serta suami banyak kali, tetapi kononnya kami tidak menjawab panggilan.

“Apa yang menghairankan, saya langsung tak dapat panggilan berkenaan atau ada apa-apa mesej di telefon menyatakan ada menerima panggilan daripada pemilik pusat asuhan terbabit,” katanya.


http://www.bharian.com.my/bharia ... /Article/index_html


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HUHA 25-9-2013 06:56 AM
syukur alhamdulillah... dunia makin maju
Quote rospinki 25-9-2013 07:26 AM
Nama anak tu yg tk tahan...very the urvan.

Takziah diucapkan.
Quote masa_lalu 25-9-2013 07:36 AM
orang tu dah cuba hubungi pakai telefon la tu tapi tak dapat
nasib baik dia akal panjang cari pakai fb
Quote fifie_olin 25-9-2013 07:40 AM
org kalo dh buat salah bg alasan bodo...
ni mesti xde lesen ni...
saman jgn x saman..
Quote FanTasyCreaTioN 25-9-2013 07:43 AM
kes ni sama dak ngan thread abang Tong?

http://mforum4.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=756216&extra=page%3D1
@tongkatwaran75

Quote FanTasyCreaTioN 25-9-2013 07:46 AM
tak tau nak kata pa ..
ngata pengasuh tak bgtau pa2 .. cuma tau kat FB

ni ..

Saya bergegas dari tempat kerja di Cheras dan sebaik tiba di hospital, lihat isteri sudah ada di situ.

awat isteri tak col dia?


Quote aikee04 25-9-2013 07:46 AM
Takziah......
Quote kambeng_masam 25-9-2013 07:49 AM
kenapa hanya zaman skang ni je kerap kedengaran bayi tersedak susu? Dan lagi pula, pusat asuhan bayi tu pekerjanya terlatih tak untuk jaga or nursing babies ni? Ada certificate yg ditauliahkan oleh mana2 badan tak? Patutnya pusat jagaan anak2 camni kena ada kelayakan contohnya mendapat training dari mana2 badan yg dianjurkan gomen ke bagai....ada ke mende camtu kat mesia ni eh?
Quote rosasa 25-9-2013 07:55 AM
kesiannya.......

syukurla mak aku volunteer nak jaga baby2 aku .. dia tak bg nursery jaga
Quote gaara_X 25-9-2013 07:55 AM
Walaupun dapat tauliah menjaga bayi.....penjaga itu sendiri kena ada inisiatip and kecekapan dalam melaksanakan tugas......takziah buat keluarga mangsa.....
Quote haryatie 25-9-2013 07:56 AM
apa2 pun takziah...da ketentuan takdir..terpaksa redha
istri da tau knpa x call suami cepat2..
atau ada sesetengah org malas nk jwb call...konon2 time keje
Quote voizze 25-9-2013 07:58 AM
nak senang keje je pengasuh ni.. bagi budak n baby minum susu lepas tu tidurkan teros..
ne boleh... lebih baik ko bagi ubat batuk je.. risiko sedak susu takde..hampeh
Quote FanTasyCreaTioN 25-9-2013 08:00 AM
kambeng_masam posted on 25-9-2013 07:49 AM
kenapa hanya zaman skang ni je kerap kedengaran bayi tersedak susu? Dan lagi pula, pusat asuhan bayi ...

rasa nya lebih kepada ...
kurang nya pusat asuhan bayi dan terlebih2 nya mak pak dua2 kerja
tu yang menyumbang banyak berita camni sekarang..

sebab walaupun ader ja makcik2 menjaga bayi kat rumah untuk dapat duit lebih
takde pun certificate semua tu
takde lak kes2 kematian macam ni

sebab permintaan tinggi ..
dan gaji lumayan ..
takat jager bayi ja
tu pasal pusat asuhan ni tumbuh bak cendawan .. tak terkawal
dan ..
mak pak yang dua2 kerja ..
nak tak nak .. takda pilihan lain kena gak hantar kat mana2 pusat asuhan ni
beres selesai .. boleh g kerja



Quote FanTasyCreaTioN 25-9-2013 08:03 AM
gaara_X posted on 25-9-2013 07:55 AM
Walaupun dapat tauliah menjaga bayi.....penjaga itu sendiri kena ada inisiatip and kecekapan dalam m ...

ha`ah tol tu ..
plus memang suka menjaga bayi..
komited ngan kerja menjaga bayi ..
bukan kerna nak duit ja..
tapi zaman sekarang ni..
ada ka yang ikhlas jaga bayi ni? bukan kerna duit?


Quote kambeng_masam 25-9-2013 08:05 AM
FanTasyCreaTioN posted on 25-9-2013 03:00 AM
rasa nya lebih kepada ...
kurang nya pusat asuhan bayi dan terlebih2 nya mak pak dua2 kerja
tu y ...

yang beng perasan kes2 camni berlaku sebab baby dibiarkan menyusu sendirian...sendal botol susu dengan towel sambil baring bagai. Pusat asuhan nak kena jaga ramai la babies lain...tu yg ditinggalkan kononnya 'kejap je' tu. Tabley tinggal baby isap susu sorang2 gitu.
Quote straycat 25-9-2013 08:09 AM
Mana ada gaji lumayan. Aku tengok kat iklan, gaji pengasuh taska around RM600 - rm900. Tanya diri sendiri, sanggup jaga anak orang tak dikenali ramai-ramai for RM600? Mostly kerja sebab terpaksa.
Quote lyndz9999 25-9-2013 08:09 AM
tu la kadang2 bayaran yang dikenakan mahal jugak
Quote straycat 25-9-2013 08:09 AM
Mahal tu berapa? Kalau jaga baby, tak boleh banyak-banyak. Maksimum patut dua baby je. Aku jaga anak aku seorang pun rasa nak tercabut nyawa. Nak berak pun tahan-tahan :-p Last edited by straycat on 25-9-2013 08:12 AM

Quote FanTasyCreaTioN 25-9-2013 08:09 AM
kambeng_masam posted on 25-9-2013 08:05 AM
yang beng perasan kes2 camni berlaku sebab baby dibiarkan menyusu sendirian...sendal botol susu de ...

dari pembacaan ..

ramai gak ibu2 buat camni bang Beng ..
sendal ngan towel.. sendal ngan bantal mucuk
pastu tak sendawa kan baby tu
tinggal gtu ja

apa lagi kalau bukan baby sendiri ..



Lihat semua komen(233)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.072222 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top