Pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang telah selamat bernikah dengan sekali lafaz pada 30 Mac 2019 terus menjadi buah mulut para peminat mereka.
Ketika majlis di kampung Aidil yang bertempat di Rembau minggu lalu benar-benar membuka mata ramai peminat tentang kerendahan hati dan sikap Fasha khasnya. Suasana perkahwinan kampung sememangnya sangat berbeza dengan perkahwinan bandar. Suasana di kampung jelas lebih meriah kerana masih mengekalkan adat resam orang melayu. Penduduk kampung akan bergotong royong dalam menyiapkan majlis perkahwinan, tidak kiralah dari bangsal memasak, membaiki rumah, menghias, membuat kuih, segala sajian akan dibuat secara gotong royong.
Fasha Sandha meluahkan rasa syukur kerana inilah kali pertama dia merasa kasih sayang yang tidak terbelah bahagi antara dua keluarga. Pengalaman kampung dan adat istiadat Melayu sangat dia hargai. Dan baru-baru ini foto dia bersama Aidil membasuh pinggan mangkuk dan periuk belanga menjadi viral di media sosial. Jelas sekali rasa bahagia Fasha Sandha terpancar di wajahnya. "Penuh dengan adat Istiadat, Terima kasih buat keluarga Rombau. Pertama kali merasai pengalaman kampung dan diraikan dengan penuh kasih sayang. Terima kasih keluarga Rembau dan Keluarga Perlis tersayang," katanya. Rata-rata peminat memuji dan mendoakan kebahagiaan Fasha dan Aidil. Kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini hendaknya. - CARI |
KidiX replied at 11-4-2019 07:24 PM
Ada org perasan x kaler baju dia semua sama ngan wedding fazura Dr tunang, nikah, reception n k ...
KidiX replied at 11-4-2019 07:24 PM
Ada org perasan x kaler baju dia semua sama ngan wedding fazura Dr tunang, nikah, reception n k ...
GigaMom replied at 12-4-2019 01:10 PM
Batak retis je perasan
ADVERTISEMENT