CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiba-Tiba Tak Sedarkan Diri, Bayi 9 Bulan Maut Makan Epal Lenyek Diberi Pengasuh

9-4-2019 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2979| Komen: 14|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang bayi yang baru berusia sembilan bulan maut selepas makan epal lenyek yang diberi pengasuhnya di sebuah taska.

Muhammad Fawas meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Baling pada jam 10.30 pagi.


Sinar Harian melaporkan, ibu mangsa, Munirah Abd Rahman, 38 menyatakan anaknya diberikan makanan tersebut pada jam 9.15 pagi.

"Makanan yang sama disuap kepada seorang lagi anak pengasuh perempuan seusia anak saya.

"Anak saya belum ada gigi. Pengasuh yang menyangka anak tercekik cuba keluarkan makanan tersebut guna jari, tapi tak berjaya.

"Pihak taska ada hubungi tapi saya tak jawab sebab sedang mengajar di Sekolah Menengah Agama Diniah Islamiah.

Foto: Sinar Harian

Tambahnya dia dan suami, Muhammad Fadlan Saidin, 38 menerima takdir kematian anak bongsu dari enam beradik itu.

"Daripada anak sulung sampailah anak bongsu semuanya kami hantar tadika yang sama."

Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Baling, Superintendan Shariffudin Yusof berkata,

"Semasa mangsa sedang diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh. tiba-tiba dia menangis dengan kuat kerana hendak mengikut penyelia pengasuh. Dalam masa yang sama mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri."

Mayat mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat. -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 9-4-2019 10:43 AM
buah epal lenyek? lenyek mcmne pun mana boleh bagi lagi utk baby 9 bulan.

Takziah kpd ibu bapa baby.

Lps ni thread ni dihujani dgn ibu2 "anak aku dlu mse umur 9 bulan dulu kau bagi bla bla blaa" dan diikuti oleh porumer2 lain.
Quote mzzenma 9-4-2019 11:01 AM
buah epal lenyek tu mcm mana...dia lenyek epal sebiji2 gitu je ke?

selalu orang stim dulu epal dan blend bagi puri kan..
Quote ad_hoc79 9-4-2019 11:02 AM
epal lenyek dgn epal puri sama x?
selalu dengar orang2 opis dok sembang bagi2 resepi kat baby masing2. xnak bagi nestum mcm orang dulu2. moden dah skrg katanya. lagi healthy
Quote ninjago 9-4-2019 11:21 AM
dia lenyek camne sampai baby tu leh tercekik..aiyooo
Quote LautBiru52 9-4-2019 11:25 AM
Baby tu tercekik makanan masa menangis nak ikut pengasuh tu agknya
Quote Tudunghitam 9-4-2019 11:28 AM
Mesti apple puree Kan? Sbb apple sejenis buah yg keras, takleh terus lenyek   . Kenna masak dulu bagi lembut Baru blh lenyek. Atau masuk blender. Kesiannya
Quote malaygirl 9-4-2019 11:43 AM
Ni sambil makan sambil nangis ni. Sebab tu boleh tercekik baby tu. Satu lagi macamana pengasuh sediakan epal tu? Kalau epal puree nak bagi baby kena stim dulu then baru lenyek/blender. Keras2 takleh nak lenyek pun. Apa pun takziah utk keluarga baby
Quote malaygirl 9-4-2019 11:44 AM
chinta89 replied at 9-4-2019 10:43 AM
buah epal lenyek? lenyek mcmne pun mana boleh bagi lagi utk baby 9 bulan.

Takziah kpd ibu bapa ba ...

6 bulan dah boleh bagi makan untuk baby normal yang takde masalah kesihatan. Biasa masa check up 6 bulan tu nurse dah ajar, mana y ramah tu siap share lagi resepi makanan baby
Quote keds 9-4-2019 12:04 PM
Bagi epal keras ? Biar betul
Quote SherryZass 9-4-2019 12:05 PM
Epal kalau tak stim dulu dia akan ada berketul. Bahaya kalau bagi baby yg berketul. Bila baby nangis time tengah suap makan lagilah boleh buat tercekik sebab anak iolls pernah makan pastu nangis dan hampir tercekik. Seb baik sempat keluarkan. Apa2pun takziah keluarga mangsa {:cryrun
Quote belacan_gurl 9-4-2019 12:23 PM
Edited by belacan_gurl at 9-4-2019 12:25 PM

Biji yg dlm epal tu bahaya kan? I pernah tgk movie....org membunuh mengunakan biji buah epal ..hihihu
Quote RatuDunia94 9-4-2019 02:04 PM
chinta89: buah epal lenyek? lenyek mcmne pun mana boleh bagi lagi utk baby 9 bulan.Takziah kpd ibu bapa baby.Lps ni thread ni dihujani dgn ibu2 "anak aku dlu  ...


Hahahha.. seperti biasa..  thread akan disondol oleh porumer berkongsi pengalaman membesarkan anak... hahaha
Quote chicozinn 9-4-2019 11:51 PM
Terpengaruh ngn vid2 ibu mithali si HaZabedah tu ke?pkai beaba cook bagai tu?ank meollss mkn nestum instant jahh..prisa beras tu fave dy..last2 pnah skali adik ipar ak mulut puaka tu ckp "yela maknye bz keje sbb tu pkai nestum je produk kilang so sah2 baby kcik2 da kena bhan kimia"..ayt cm hanat tw la ko surirumah dok mengangkang je n lyan somi n anak..tp ble dintis nk pakai duit pndai lak cri ak laki bini. Gituuhhh..
Quote FanTasyCreaTioN 10-4-2019 04:44 AM
Dah ada Thread

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1154897&extra=page%3D1

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.077798 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top