CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konon Dirogol, Wanita Buat Panggilan Palsu Uji Ketangkasan Polis

9-4-2019 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2846| Komen: 7

Seorang wanita di China diambil tindakan undang-undang kerana berpura-pura akan dirogol hanya kerana ingin menguji ketangkasan pihak polis menjalankan tugas.


Gambar Hiasan


Memetik Shanghaiist, kejadian berlaku sebelum wanita terbabit bertemu kenalan lelaki dari laman sosial buat kali pertama.

Difahamkan, dia yang agak khuatir ingin bertemu lelaki berkenaan memutuskan untuk menguji polis tempatan, sekali gus membuat persiapan seandainya berlaku perkara tidak diingini ketika perjumpaan mereka.

Pada malam Sabtu, wanita berkenaan dengan suara dan lakonan meyakinkan menghubungi polis Tieli di wilayah Heilongjiang dan menggesa mereka bergegas ke kawasan kediamannya.

Dia yang kononnya ketakutan mendakwa, seorang lelaki mahu memperkosanya.

Polis terpaksa mengetuk setiap pintu di kawasan perumahan berkenaan kerana wanita itu tidak mendedahkan alamat lengkap.



Kredit foto: Shanghaiist

Difahamkan, anggota gagal menemui 'mangsa' sebelum wanita itu menghubungi polis buat kali kedua, mengakui dirinya baik-baik sahaja dan dia hanya bertengkar dengan teman lelakinya.

Polis yang percaya wanita itu dipaksa berkata demikian meneruskan siasatan sebelum berjaya mengesan pemanggil berkenaan yang kemudian mengakui dia hanya mereka cerita untuk melihat kecekapan dan kepantasan polis bertindak. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AwanCikDania 9-4-2019 12:03 PM
Menyusahkan orang jelah. Kang bebetul kena baru ada akai.
Quote brego 9-4-2019 12:14 PM
Difahamkan, anggota gagal menemui 'mangsa' sebelum wanita itu menghubungi polis buat kali kedua, mengakui dirinya baik-baik sahaja dan dia hanya bertengkar dengan teman lelakinya.

kat barat, false rape allegation ni benda biasa.
punca nya bergaduh dgn couple,
tak boleh terima kena dump dgn partner, or divorce.
tak puas hati punya pasal, report kena rape.
innocent men kena penjara bertahun, just because of that allegation.

[youtube]mVwwlAkTt60[/youtube]
Quote chinta89 9-4-2019 03:08 PM
adoi pelik2 la...
Quote Artemesiaa 9-4-2019 04:03 PM
Alasan mungkin tengah boring tak tahu nak buat apa
Quote nono86 9-4-2019 04:37 PM
Takdop kije, kesian polis
Quote ikanmasin 9-4-2019 05:00 PM
mencari penyakit sungguhlah..
Quote batmana 9-4-2019 05:12 PM
tapi kalu kes rogol
9 dari 10 kes rogol tu palsu juge

play victim je kaedahnya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.120012 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top