Janna Nick yang merangkul trofi Aktres Pilihan buat kali ketiga nyata sebak dengan kejayaannya mempertahankan gelaran itu. Selain mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang setia mengundinya, Janna turut meluahkan rasa syukurnya dikelilingi orang yang menyayanginya. "Terima kasih kepada semua yang mengundi. Dulu saya membesar tak cukup kasih sayang, tapi sekarang Allah kurniakan saya kasih sayang yang melimpah-limpah," luahnya. Dalam masa sama, Janna sempat menitipkan pesanan buat peminatnya yang berasa kesunyian. "Kalau anda rasa sunyi dan bersendirian, gunakan masa yang ada untuk jadikan anda seorang yang berguna di masa depan," tulisnya.
Aktres itu turut menyifatkan kasunyian itu bukan sesuatu yang negatif, sebaliknya ia menenangkan dan melapangkan. Ruangan komennya juga turut dibanjiri ucapan tahniah dan kata-kata pujian daripada rakan artis lain. Tahniah, Janna kerana masih menjadi pilihan ramai walaupun dihimpit kontroversi. - CARI
|
RatuDunia94 replied at 9-4-2019 01:55 PM
Knp sheols pakai gown sambil dukung backpack?
fifie_olin replied at 9-4-2019 06:03 AM
apa2 je la
nk aib famili ke
LolaRosa replied at 9-4-2019 02:29 PM
Sedih mak ayah cakap gitu
inusya replied at 9-4-2019 07:51 AM
Dia xpernah bgtahu psl ayh kndung dia sbb tu x ramai yg tak tahu..
RatuDunia94 replied at 9-4-2019 01:55 PM
Knp sheols pakai gown sambil dukung backpack?
fifie_olin replied at 9-4-2019 02:03 PM
apa2 je la
nk aib famili ke
ADVERTISEMENT