Siapa sangka drama bersiri di TV3, Asalkan Dia Bahagia bukan sahaja popular di Malaysia, tetapi turut menambat hati penonton di Indonesia. Drama lakonan Ayda Jebat dan Shukri Yahya ini mendapat sambutan hangat dari penonton negara jiran berkenaan. Ayda berkata maklum balas yang diterima di platform digital iaitu Youtube TV3 dan Drama Sangat membuatkan dia terkejut namun gembira dengan perkembangan tersebut.
"Tak sangka, ramai juga warganet dari Indonesia yang kini menonton dan meminati drama Melayu dari negara ini. Kalau dulu, masyarakat kita gemar menonton sinetron Indonesia. Tetapi sekarang drama Malaysia pula diterima baik penonton di sana," katanya seperti dilaporkan akhbar Harian Metro. Menurut Ayda, situasi positif ini sangat menggembirakan kerana karya seni tempatan berjaya mendapat tarikan luar. Malahan, penonton tersebut datang dari pelbagai daerah seperti Jakarta, Acheh, Sumatera, Bandung, Kepulauan Bangka, Kalimantan dan beberapa kawasan lagi. "Saya dah Shukri sangat profesional dalam berkerjasama bagi melakonkan watak masing-masing sebagai Adira Imani dan Haris Aryan. Apa pun terima kasih kepada semua penonton yang menerima lakonan kami dengan positif dalam drama Asalkan Dia Bahagia ini, katanya lagi.
Drama Asalkan Dia Bahagia yang disiarkan pada 5
April lalu kini #24 on trending di YouTube Malaysia. Memuatkan 28 episod, Asalkan Dia Bahagia diarahkan Jamal Khan disiarkan slot Akasia TV3 sejak 8 Mac lalu. Mengisahkan Adira yang menjadi 'anak pungut' dalam sebuah keluarga perlu mengahwini rakan abangnya kerana membalas budi. Selain
Ayda dan Shukri, drama itu dibintangi pelakon lain seperti Idris Khan,
Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Esma Daniel, Marissa Yasmin dan Safura
Yaacob. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|