|
Kalau sudah bercinta, tidak semestinya akan berakhir di jinjang pelamin. Kadangkala, bercinta 10 tahun juga belum tentu berjodohan. Di China, kecoh apabila seorang wanita lengkap bergaun pengantin menyerang majlis perkahwinan bekas teman lelakinya.
Wanita itu terjerti-jerit melaungkan; "Ini semua salah saya!" dan berlutut merayu agar mereka dapat berbaik semula sambil menarik-narik baju dan lengan bekas teman lelakinya itu. Sementara itu, pengantin perempuan kelihatan marah, lalu meninggalkan pentas perkahwinan dan diekori pengantin lelaki yang cuba memujuknya, manakala wanita itu ditinggalkan sendirian, menutup muka dengan tangannya.
Keluarga pihak pengantin lelaki menyatakan rasa terkejut melihat kedatangan bekas teman wanita anaknya itu sehingga menimbulkan kekecohan. Menurut mereka, sebelum ini anaknya memutuskan hubungan dengan bekas teman wanitanya disebabkan personaliti mereka yang terlalu berbeza. Memang betul tindakan lelaki itu. Kalau sudah tidak serasi, tidak perlu lagi mempertahankan hubungan yang sia-sia. Semoga wanita itu dapat menerima hakikat bekas teman lelakinya kini suami orang! - CARI
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.045335 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.