Baru - baru ini, kecoh seketika apabila rakyat persisiran pantai Kampung Sungai Belati menerima kehadiran lebih kurang 37 pelarian daripada Rohingya. Menempuh perjalanan selama seminggu tanpa makanan dan minuman menggunakan tekong dari negara asal, ternyata menjerihkan.
Malaysia menjadi pilihan utama rakyat Rohingya dalam menumpang hidup sebagai pelarian kerana budaya hidup kita yang aman dan makmur. Hilang tanah air sendiri malahan dihalau pula, nasib dan keadilan buat rakyat Rohingya bagai tiada jalan keluar dalam kemelut negara mereka yang bergolak. Namun, tidak semua rakyat Malaysia sudi menerima kehadiran pelarian Rohingya ini. Dibiarkan begitu sahaja, mungkin pengalaman rakyat tempatan berhadapan dengan sikap pelarian ini yang menambah skeptikal dalam isu penerimaan pelarian ini.
Banyak juga NGO ditubuhkan dalam usaha untuk membantu nasib pelarian tidak hanya untuk rakyat Rohingya malah dari negara bergolak yang lain. Tetapi, apakah yang menyebabkan segelintir rakyat negara kita yang kurang senang dengan pelarian terutama dari Rohingya ini? Buat macam negara sendiri.. Rata - rata memberi pendapat bahawa kedatangan pelarian ini hanyalah menambah beban sedangkan rakyat negara sendiri masih banyak yang memerlukan bantuan dan mungkin akan menggugat keamanan negara. Lama - lama naik kepala.. Jangan simpan, terus hantar balik.. Namun, ada juga yang menzahirkan rasa simpati kepada golongan pelarian ini. Tidak semua pelarian berperangai tidak senonoh dan kurang ajar seperti yang didakwa. Dasar keterbukaan Malaysia terhadap golongan pendatang dan pelarian ternyata memberi kesan terhadap negara kita Malaysia. Anda ada pengalaman dengan rakyat pelarian Rohingya? Kongsikan dengan kami.- CARI |
Victorioussss replied at 10-4-2019 06:30 PM
Mana forumers y aritu backup dorg ni
Dh amik dorg anak angkat duk skali lom?
slavehunter replied at 10-4-2019 10:47 AM
Tak dibantu macam takde perikemanusiaan, bila dibantu kita plak jadi minority nanti.
amyza replied at 10-4-2019 07:00 PM
Yang pemegang kad unhcr, diorang boleh stay sampai 2020 sebab dah tak boleh renew. Harap2 betul lah. ...
ADVERTISEMENT