|
Sejak rumah tangganya dengan pelakon Aliff Aziz retak buat kali kedua, Bella Astillah atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendedahkan sering menjadi tempat untuk wanita mencurahkan isi hati yang berduka lara. Bella, 25, menerusi IG Storynya pada Rabu mendedahkan mereka sering meminta nasihat berhubung masalah rumah tangga. Menurut Bella, dia tersentuh dengan kisah yang dikongsikan mereka dan meminta maaf jika ada mesej yang tidak sempat dibalas dek kerana terlalu banyak kiriman diterimanya. Mungkin ramai melihat Bella sebagai sebagai seorang wanita yang kuat dan tabah menjadikan dia individu paling sesuai untuk mengadu masalah serupa dialami golongan hawa.
|



bbnu betul yg dm dia tu. Tanya kat fb je kalau macam tu. Luahkan kat iium kalau mintak pandangan, kalau nak mintak kecaman kat krt 

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.361351 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.