CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kalau Bodoh Jangan Sebar Stigma" - Amin Idris Diselar Sebab Gelar Kahwin Pesakit HIV Kurang Cerdik

11-4-2019 11:08 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13574| Komen: 48|Original author: Oleh: Azza






Pengacara, Amin Idris diselar kerana membawa stigma mengahwini pesakit HIV adalah keputusan tidak cerdik. Hal ini membawa pada kemarahan netizen terutamanya penghidap penyakit virus kurang imun manusia ini.

Sementelah lagi ia dibentangkan di hadapan pelajar sekolah yang kebanyakkannya mungkin percaya dengan kata-kata orang terpelajar seperti Amin, tetapi sebenarnya ia langsung tidak berasas! Lebih membuatkan ia parah kerana ianya ditayangkan di saluran televisyen yang lebih ramai penontonnya akan salah sangka.




Istilah 'kurang cerdik' bagi segelintir netizen adalah gelaran yang sangat menghina. Walhal setiap perantara program perlu membuat kajian terlebih dahulu mengenai tajuk yang mahu dibincangkan. Sekurang-kurangnya banyakkan membaca supaya tidak digelar bodoh atau bercakap perkara sia-sia. Ini kerana penghidap HIV sebenarnya boleh kahwin dan beranak seperti orang lain tanpa menyebarkan virus tersebut kepada pasangannya atau ahli keluarga lain, dengan syarat berstatus UVL dan mengambil langkah berjaga-jaga.


Carian Internet


Hal sama turut berlaku pada stigma masyarakat keseluruhan yang menganggap pengidah HIV seolah-olah menunggu mati lalu memandang jijik golongan ini. Ia banyak disaksikan di kaca televisyen memberi tanggapan salah kepada khalayak ramai. Walhal penghidap HIV bukan sahaja mendapat virus tersebut disebabkan dadah, penggunaan jarum dan bertukar-tukar pasangan seks.

Sesetengah daripada mereka mendapatnya daripada pasangan suami atau isteri, dirogol dan pelbagai lagi sebab lain. Jadi, stigma ini menjauhkan lagi golongan teraniayai ini.


Amin Idris

"Mungkin golongan 'kurang cerdik' ni sebenarnya salah faham dengan AIDS. HIV bukan penyakit tapi Virus, AIDS tu yang penyakit. Jadi, tak semestinya penghidap HIV akan mendapat AIDS."
Ini membuatkan ada penghidap HIV membuat surat terbuka kepada Amin Idris supaya mengkaji terlebih dahulu setiap perkara sebelum melontarkan stigma buruk.

Jadi, sebagai pengacara sepatutnya Amin bersikap neutral dalam menangani sesuatu isu. Bak kata pepatah 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.' - CARI
4

Bagus
5

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 11-4-2019 11:45 AM
stigma atau tak aku tak pedulik. yang aku nak tahu saat ini baju avenger tu mana nak beli?
Quote budaktua 11-4-2019 12:06 PM
gigahertz replied at 11-4-2019 11:45 AM
stigma atau tak aku tak pedulik. yang aku nak tahu saat ini baju avenger tu mana nak beli?

dia ni hardcore team ironman...mungkin dia perasan muka dia ada irap2 tony stark....

apa2 hal pun...aku suka dia je sebagai moderetor...


Quote lostfaith 11-4-2019 12:10 PM
Jujurnya apakah kita boleh terima any of our fam kalu nak kawin ngan penghidap hiv. Terutama anak2 kita or adik beradik kita.
Quote lolita737 11-4-2019 12:14 PM
gigahertz replied at 11-4-2019 11:45 AM
stigma atau tak aku tak pedulik. yang aku nak tahu saat ini baju avenger tu mana nak beli?

kt fb byk bang org iklankan baju ni.
Quote cruz2 11-4-2019 12:15 PM
Eeuww..si perasan tony stark ni
Quote mongoose_kidz 11-4-2019 12:19 PM
sori la....aku mmg setuju sttmnt dia ni
#silakecam
Quote sajebosan 11-4-2019 01:05 PM
Kalau kawen taknak anak takpe. Lantak kome la. Tapi kalau kawen pastu menggatal nk anak ni ai is tak faham. Mmg ade chance utk anak takde hiv tapi susah kot dgn semua follow up, ubat, etc.....
Quote mzzenma 11-4-2019 01:15 PM
i agree with him.. mmg kurang cerdik pun..
Quote idril 11-4-2019 01:29 PM
akak stuju jugak dengan dia..... penggunaan x cerdik tu pun pada akak sangat beralas.... kalau akak mungkin akan guna "apake bodo nak kawin ngan org HIV?" ha gituhhhh..... sebab tujuan kawin pun utk melahirkan zuriat kan.....
Quote arm_band 11-4-2019 01:29 PM
apa tajuk/objective show tu? tapi salah ke apa yang dia cakap???

sebagai peringatan untuk budak2 sekolah = tak payah merenyam sana sini, nanti berkenan ngan org HIV payah.
atau = korang tak payah nak menyetan tak tentu hala, nanti dapat HIV, payah nak cari jodoh.

salah ke?

triggered pulak depa ni
Quote zorrro_03 11-4-2019 01:42 PM
gigahertz replied at 11-4-2019 11:45 AM
stigma atau tak aku tak pedulik. yang aku nak tahu saat ini baju avenger tu mana nak beli?

lazada...  hehehe
Quote Dwdrum 11-4-2019 01:51 PM
why not if sudah pilihan ..... yang sihat pun belum tentu mati tua .....
Quote kroit92 11-4-2019 01:59 PM
audience dia budak sekolah ke waktu tu?

maybe mesej dia direct untuk budak sekolah yang baru setahun jagung,
no dadah, no random sex (underage, ko nak kena sebat?), yang body still clean from substances, apentah lagi HIV positive.

tapi untuk public audience, yang bergelumang, yang jadi mangsa, etc
of course la triggered

rasanya.. ?
Quote Atata 11-4-2019 02:11 PM
Jgn la pentingkan diri kalau dah ada HIV bagai tu. Nak ke anak menanggung seumur hidup. Sama jg dgn talesemia. Wuwuwuuw... Walaupun dah cinta mati, tp mcamana ek nak beranak? Takut2 anak dpt sakit talesemia tu n sengsara seumur hidup
Quote konlohmie 11-4-2019 02:27 PM
setuju dengan dia ni, yang cerdik kalau da sedia tanggung risiko dan betul2 nak kahwin, x bersalah pun..yang x cerdik tu menyesal pula kemudian hari, x ke naya tu
Quote chanteksekali 11-4-2019 02:28 PM
Blanket statement, oklah jugak blh terima, sbb yg cakna 1% yg tak cakna 99% so dia nak selamatkan yg mass tu la, terpaksa amik jalan mudah
Quote CiliPadiSedap 11-4-2019 02:29 PM
Haahlah muka cm tony stuck
Quote mrseller 11-4-2019 03:01 PM
tabley lupa dia ni kena tipu dgn pinoy beraksi depan webcam. 5K kena tuuu
Quote notyghosty 11-4-2019 04:54 PM
mongoose_kidz replied at 11-4-2019 12:19 PM
sori la....aku mmg setuju sttmnt dia ni
#silakecam

kita geng!!  #silakecam

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040913 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top