Siapa saja tidak kecewa apabila menggunakan perkhidmatan berbayar, tetapi servis kurang memuaskan. Baru-baru ini, seorang pengguna facebook meluahkan rasa kecewanya berhubung perkhidmatan teksi terburuk pernah dilihat orang ramai. Sudahlah kenderaan dipenuhi sampah-sarap, pemandunya pula bersikap biadab!
Menurut Siti Hajar Azmi, kejadian berlaku di Sri Pernama, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur pada Selasa dan dia sudahpun melaporkan mengenai kejadian kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Lihatlah keadaan di dalam teksi berkenaan, seperti tongkang pecah!
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Merosakkan imej pemandu teksi saja! Pun begitu, masih ada segelintir pihak bersangka baik mendakwa pemandu terbabit berkemungkinan mengumpul kesemua sampah itu untuk dikitar semula. Dalam masa sama, ada pihak mengkritik wanita terbabit kerana berkira untuk membayar RM3 bagi membatalkan perjalanan walaupun dia sudah menjelaskan situasi sebenar. "Disebabkan nak cepat, aku pun naik je" Bagaimanapun, hasil tinjauan di FB mendapati posting berkenaan dipercayai sudah dipadam pemiliknya. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sikap segelintir pemandu teksi yang tidak semenggah inilah yang sering membuatkan orang ramai lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab. - CARI
|
RatuDunia94: Ya amponnnnn... kalau iols jd iols sindir je driver teksi tu.. "maaf sy nk batalkan trip sbb tersalah tahan. Dr jauh td ingatkan teksi dah dekat rup ...
ADVERTISEMENT