CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Sangat Takut Disoal Nanti" - Haqiem Rusli Pesan Peminat Jaga Solat

12-4-2019 10:57 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15185| Komen: 80|Original author: Oleh: Azza




Sering dihambat kontroversi yang tidak berkesudahan, Haqiem Rusli, 21 dilabelkan sebagai artis bermasalah. Namun, bagi peminatnya Haqiem adalah artis yang sangat menghargai mereka.

Terbaharu, Haqiem menerusi laman Instagramnya memberikan pesanan khas buat para peminatnya. Lebih syahdu ialah pesanannya meminta para peminat tidak menjadikan lagu atau konsertnya sebagai alasan melengah-lengahkan solat. Pesanannya ini mendapat banyak reaksi positif daripada netizen lalu memujinya sebagai artis baik.

Kredit foto: IG
Foto : IG


Menurut Haqiem, pesanannya itu adalah kerana dia bimbang jika dipersoalkan satu hari nanti kerana tidak menjalankan tugas sebagai Muslim. Ini kerana niatnya dalam muzik hanya untuk mencari rezeki halal, menolong ibu bapa dan membuatkan orang yang disayanginya tersenyum.

"Jadi apa yang saya nak jelaskan di sini adalah saya takut, jika kehadiran saya melalaikan sesetengah orang seperti meninggalkan solat kerana bergegas ke persembahan saya, dengar lagu saya sampai melambatkan solat dan banyak lagi."

Foto : IG

Rata-rata peminat Haqiem memuji tindakannya yang mengambil berat tentang kewajiban ibadah solat dan berniat baik dalam bidang yang diceburi. Malah, penyanyi lagi Selamat Tinggal Sayang ini berharap agar peminat dapat memahami mesej yang cuba disampaikan.

"Itu sahaja, saya harap mesej pendek ini dapat membuat anda faham apa yang saya ingin sampaikan," ujarnya.

Wah! Nampaknya Haqiem bukanlah bermasalah seperti yang disangka-sangka. Mungkin kerana kemurungan yang pernah dihadapinya satu ketika dahulu membawanya kepada menjadi yang lebih baik sekaligus mengajak peminatnya kepada kebaikan. Makin sayanglah peminat kepadanya. Baguslah kerana Haqiem sendiri antara BBNU berbakat besar dalam industri nyanyian. - CARI 

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lee_sakura 12-4-2019 11:01 AM
bagus la dik, moga2 peminat hakim ikot pesanan idola mereka
Quote laksmanabentan 12-4-2019 11:12 AM
alololo... terharu update ada qiqi nih...
amin... amin...

cuma kalau boleh rambut tu sesekali trim la sikit ya dik...
biar look fresh aja... takde salah pun rambut sekarnag..
Quote meteorspeed 12-4-2019 11:17 AM
eh poyo la dia nie..kalu nak berdakwah tak yah menyanyi..g berdakwah ajor..menyanyi kan melalaikan ko nyer peminat,,itu udah dosa.. gigih nak play agamawan plop
Quote hantamal 12-4-2019 11:20 AM
Sebelum lg banyak rply budus2 mcm di atas ni..
Mai aku info why dikqieqie ckp gitu..
Ada fan psiko dia siap berpurdah kt twitter dok kacau dia dgn tweet2 islamik tntg tanggungjawab dia dgn fans..
So ni jawapan dia...dah2 jgn nak tunjuk budus kalau taktau cerita...choii
Quote keds 12-4-2019 11:20 AM
Pesanan yang baik.
Quote SherryZass 12-4-2019 11:30 AM
Airun replied at 12-4-2019 11:19 AM
solat dapat cegah fahsa (maksiat ) & mungkar (jenayah)

tapi tetap buat maksiat

Bila hilangnya khusyuk
Quote inusya 12-4-2019 11:36 AM
hantamal replied at 12-4-2019 11:20 AM
Sebelum lg banyak rply budus2 mcm di atas ni..
Mai aku info why dikqieqie ckp gitu..
Ada fan psiko ...


Oh gitu ke kisahnya.. Nasib baik tak tercarut..hmpir je td.
Quote irwansuhadi 12-4-2019 11:51 AM
budak ni semacam.
nampak poyo tapi bab2 agama ni betul2 jaga.

alhamdullillah baguslah kalau begitu cuma janganlah hanya surface sahaja begitu.
Quote hantamal 12-4-2019 11:55 AM
inusya replied at 12-4-2019 11:36 AM
Oh gitu ke kisahnya.. Nasib baik tak tercarut..hmpir je td.

Haipp jgn carut dikqieqie..
Ada fan berpurdah di twitter tgh menghantui idop beliau dgn thread ala2 acah suci tntg tanggungjawab qieqie terhadap fans yg ke show qieqie..
Tu tweet reply qieqie...qieqie kabarnya stress diganggu fan berpurdah ittew
Quote hyie 12-4-2019 12:07 PM
poyonya karatz berpurdah tu...acah2 syumul sangat...oh lupa bbnu khens...why botherrrr
Quote hantamal 12-4-2019 12:15 PM
hyie replied at 12-4-2019 12:07 PM
poyonya karatz berpurdah tu...acah2 syumul sangat...oh lupa bbnu khens...why botherrrr

Mmg poyoz & psiko..
Berpurdah tp gedikz selalu tweet ala2 mengundang..penah tweet teringin nak bau lelaki qieqie..siap tag qieqie..
Mau x stress si qieqie tu..
So dia geram n reply dgn jawapan ittewww..
Mohon jgn kecam qieqie, dia x tunjuk alim pun, kitaorg tau cerita sebenar..
Quote Zirara99 12-4-2019 12:21 PM
Ni baru betul menggunakan “influence” yang ada untuk sebarkan kebaikan. Kalau fan karatz reputz boleh ikut warna favorite qiqie, makanan kegemaran, mesti ada je yang dengar cakap qiqie ni, contoh, nak gi konsert qiqie, “eh tak solat lagi, qiqie suruh solat dulu. Jom solat.” Mudah-mudahan
Quote inspiro92 12-4-2019 12:26 PM
Baguslah dik.saling mengingatkan.pelik dgn certain netizen yg panas bila ckp soal solat
Quote September14 12-4-2019 12:57 PM
Perasan x gigi dia dah lain.. tp mcm besar n nmpk dia x selesa mxm pkai gigi palsu tlbh saiz
Quote Campanula 12-4-2019 01:02 PM
memang pernah baca cerita dia solat belakang stage kan..maksudnya.. dia pun buat jgk la bukan sekadar berkata-kata
Quote weezerfan 12-4-2019 01:05 PM
Ahkak nk pesan plak kat kau spy jaga kotey jgn beterbangan di ruang maya. Ok. Kalau nk tayang sgt pon... Kasi bleach dulu
Quote Tukul.Besi 12-4-2019 01:11 PM
September14 replied at 12-4-2019 12:57 PM
Perasan x gigi dia dah lain.. tp mcm besar n nmpk dia x selesa mxm pkai gigi palsu tlbh saiz

Pakai veneer lettew
Quote Tukul.Besi 12-4-2019 01:13 PM
Kes gmbr tidur dgn pompuann tu dah settle ke belum?
Quote unguaurora 12-4-2019 01:47 PM
hantamal replied at 12-4-2019 12:15 PM
Mmg poyoz & psiko..
Berpurdah tp gedikz selalu tweet ala2 mengundang..penah tweet teringin nak ba ...

#ytjt la kekdahnya.

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.053310 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top