Peserta dari Malaysia, Yaashwing Sarawanan berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan akhir pencarian bakat Asia's Got Talent musim yang ketiga. Remaja berusia 15 tahun itu memukau para juri dengan kepintarannya melakukan pengiraan Matematik sehingga digelar 'Human Calculator'. Beliau turut mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menduduki dua tangga teratas dalam pertandingan itu.
Kemuncak pertandingan akhir telah berlangsung semalam di marina Bay Sands, Singapura di mana pelajar SMK Bandar Tun Hussien Onn 2 itu antara sembilan peserta akhir yang bersaing. Mengulas kemenangannya, Yaashwin berkata beliau tidak menjangkakan untuk menjadi naib juara kerana menyangkakan penonton tidak berminat dengan permainan nombor.'Saya gembira ramai yang terhibur dengan persembahan saya' tambahnya. Malangnya, satu lagi aksi dari Malaysia yang bertanding di final iaitu kumpulan suara NAMA yang dianggotai oleh Nur Fazrina Ani, 28, Noor Syamimi Makhetar, 24, Nor-fazira Malik, 24, dan Nur Farahida Dolhadi, 24 hanya menduduki tiga tempat terbawah. Juara pertandingan itu dimenangi oleh Eric Chien, seorang ahli silap mata dari Taiwan dan pasukan tarian, Power Duo dari Filipina menduduki tempat ketiga. Dengan menduduki tempat kedua, Yaashwin mencatat kedudukan tertinggi di antara peserta Malaysia dalam pertandingan ini. Sebelumnya, Sobhi Shaker seorang pelarian Syria yang menetap di Malaysia pernah muncul di pentas akhir. Tahniah kepada Yaashwin kerana mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia. - CARI |
Sang_Pencinta: Nama tu ada potensi tp banding dgn aksi2 lain jadi biasa jerLepas tu salah pilih lagu yg sesuai
SWORKS27: bukan NAMA gagal menyerlah..benda ni undian dari netizen...netizen malaysia especially bani melayu kurang gemar tgk AGT ni..lebih suka tengok nyanyian ...
gigahertz replied at 12-4-2019 02:25 PM
aku kalau nak undi ke like ke apa ke aku akan like bende yang unik atau rare atau hard to be kala ...
ADVERTISEMENT