Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dijangka memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan selesa pada 13 April ini. Jangkaan itu dinyatakan oleh Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Azlan Zainal dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawang badan penyelidikan berkenaan (http://ilhamcentre.com) pada 11 April. Memetik kenyataan tersebut, Azlan berkata, sebanyak 87.4 peratus daripada 396 responden yang juga pengundi di DUN Rantau mewakili pelbagai latar belakang bersetuju bahawa Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat adalah lebih unggul berbanding calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Dr. S. Streram dan dua calon Bebas iaitu Mohd. Nor Yassin dan R. Malarvizhi. Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi iaitu sebanyak 81.6 peratus berbanding Streram yang hanya beroleh 17.7 peratus. Streram juga dijangka sukar meraih sokongan pengundi India berikutan kegagalan PH menjaga kebajikan dan ekonomi kaum berkenaan serta ketiadaan pemimpin India yang berwibawa dalam kerajaan untuk membela nasib mereka. Kajian berkenaan juga mendapati pengundi tidak melihat Streram sebagai anak tempatan malah tidak begitu dikenali jika dibandingkan dengan Ketua PKR Cabang Rembau, R. Tanggam. Walaupun Tok Mat dijangka mempunyai kelebihan, nasib beliau hanya akan dapat diketahui setelah keputusan PRK DUN Rantau diumumkan selepas proses penjumlahan undi selesai. - CARI |
3
Bagus |
4
Marah |
2
Terkejut |
6
Sedih |
4
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT