CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ada Anak Kecik, Tak Payah Keluar Rumah!" - Netizen Berdebat Isu Stroller Dan Lif Pulak Dah

12-4-2019 11:27 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 21457| Komen: 148|Original author: Oleh: intan

Jika anda mempunyai anak kecil, pasti anda mengerti jerit perih membawa anak keluar berjalan-jalan. Tambahan mempunyai anak yang tidak boleh berjalan ataupun terlebih lasak, bantuan kereta sorong bayi amatlah diperlukan. 

Namun baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila timbul perbalahan mengenai keutamaan menggunakan lif terutama di pasar raya dan gedung membeli-belah. 

"First come first serve lah!"

Isu keutamaan dalam penggunaan lif ini timbul apabila ada pengguna media sosial meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati kerana terpaksa menunggu untuk menggunakan lif. 

Menurutnya, lif haruslah digunakan oleh mereka yang diberi keutamaan seperti pengguna kerusi roda, ibu bapa membawa kereta sorong bayi, ibu mengandung, warga emas dan pengguna troli.



Isu ini telah menimbulkan perdebatan dan pendapat berbeza antara netizen. Ada yang berkata, lif tersebut adalah hak orang awam, datang lambat kena tunggulah dan pelbagai lagi. Ada yang menghentam golongan ibu bapa yang membawa kereta sorong ke dalam pusat beli-belah dan menyusahkan pengunjung lain. 





Survive sendirilah...



Perlu ke keluar rumah kalau ada baby?


Siapa sampai dulu dia naik dulu!


Namun, ada juga beranggapan mereka yang tidak memberi ruang kepada pengguna kereta sorong terutama yang sihat tubuh badan sebagai seorang yang mementingkan diri dan tidak mempunyai akal budi sedangkan kebanyakkan lif telah meletakkan papan tanda 'priorities lane' kepada pengguna.





Stroller di eskalator adalah bahaya



Tak kena batang hidung sendiri bolehla cakap



Kebanyakan yang menghentam majoriti belum kahwin


Kuncinya, pupuklah sikap bertimbang rasa dan toleransi dalam diri. Lambat lagi nak capai taraf negara maju kalau masing-masing punya mentaliti penting diri seperti ini. Apa kata anda? wajar atau tidak pengguna stroller diberi laluan khas ketika menggunakan lif? - CARI
4

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote senahitam 12-4-2019 11:58 AM
yang slalu condemn tu sbb dia bujang belum ada anak....once dia ada anak dia la yg plg lantang mengata org yg x bg laluan kat dia pulak. hahahahahaha

aku lak...aku dah sampai dulu dpn lift tu dgn stroller. tetiba datang bujang2 ni datang selit je kat depan aku potong que jenis  xreti beratur. eh. lagi nak nasihat org first come first serve.
Quote armin 12-4-2019 12:07 PM
Paling bodoh yg suruh  masuk lif pun lipat stroller. Bangang betul. Dah lif tu mmg khas utk stroller nak lipat lg buat apa. Pastu kata stroller makan space. Kau tunggu kau ada anak nanti kau duduk rumah je jgn makan space dtg kat mall
Quote haryatie 12-4-2019 12:12 PM
macam2
Quote mzzenma 12-4-2019 12:14 PM
kesian lah parents.. buat apa pun tak betul. Habis tu kau nak suruh dia duk mereput kat rumah sampai jadi gila ke apa? Dia keluar jalan2 bawa anak dia dgn stroller pun bising. Mall tu bukan bapa ko punya lah idiots..

Just nak cakap.. mom's mental health matters too. Nak me time kena kecam, bawa anak2 gi mall pun kena kecam..
Quote prettyuglybabe 12-4-2019 12:25 PM
i jenis yang kalau dari parking naik lif, so keluar pun akan naik lif spot yg sama supaya i tak lupa mana kereta..
so kalau dari/ke parking, i tak akan peduli orang lain berstroller ke apa ke..
janji i tak sesat barat mencari kereta sendiri
and some mall, kat entrance dari parking tu memang ada lift je..
kalau ada tangga pun, kalau i sorang, i takkan masuk ke tangga yang sunyi..
dalam mall, yes i akan guna escalator..
melainkan escalator jauh ke tengah and i nak ke level yang beza 3 4 level..
and one more, mall malaysia ni tak mesra family ye..
mall punya besar tinggi, lift ko buat kat hujung and 2 3 pintu je..
berapa banyak mall yang korang pi ada lift kiri kanan tengah mall and ada 6 lift?
so pada i, kalau korang family beranak kecik nak angkut segala stroller, sila cari mall yang mesra family..
where banyak kemudahan and kesenangan pada korang nak tolak stroller gabak tu tanpa perlu merungut...
Quote CardiGans85 12-4-2019 12:29 PM
Klu sihat walafiat, guna je la escalator. Tak pyh guna lift.
Quote nuno 12-4-2019 12:39 PM
lelaki yang cilake adalah lelaki yang berkemampuan untuk berdiri tapi memilih untuk duduk, naik lif, naik escelator walaupun ada tangga kat sebelah, sorry you're not man enough.

Kat Korea aku masuk train ngan family, opah-opah ngan atok-atok yang sedia duduk bangun offer tempat duduk kat aku satu family, buat aku rasa malu dan segan.

Kalau ikut tenaga, kami yang masih muda ni masih lagi berkemampuan untuk berdiri, PRIORITY adalah kepada warga emas, same thing apply untuk lif, kau masih bertenaga kenapa kau nak naik lif, keutamaan kat orang lain. Lif itu untuk memudahkan pihak yang memerlukan daripada kau yang berpimpin tangan masuk lif.

Lembu punya manusia.

Aku dulu masa bawak stroller pergi mall, time kat lif aku langgar jer lembu2 yang jenis tak paham bahasa ni, tak puas hati jom bertumbuk.
Quote lasagnaklcc 12-4-2019 01:04 PM
Penah I masuk lift dgn parents I, ada amoi tolak trolley, pastu sorg nenek tua + mak berusia dgn cucu2 remaja. Lift penuh. Sampai satu level lift terbukak ada sorg bapak stroller ni sound "SEMUA SIHAT2 NAIK ESCALATOR LAAA".

Sejenis rasa dia sorg je berhak dpt lift nak sound org2. Annoyed jgk la. Ayah I dgn nenek tu bertongkat. Yg lain mmg jln sekali dgn family. Mcm mak bapak with stroller jgk la, yg tolak stroller sorg je tapi dua2 naik lift sekali.

Kalau I sorg blh je bagi priority.

Quote aleesyasofia 12-4-2019 01:10 PM
kosser iolss nk naik lif.. dh lah lmbt.. kalo g ioi pon iolss cri pntu msk yg escalator..
Quote prettyuglybabe 12-4-2019 01:34 PM
lasagnaklcc replied at 12-4-2019 01:04 PM
Penah I masuk lift dgn parents I, ada amoi tolak trolley, pastu sorg nenek tua + mak berusia dgn cuc ...

part ni pun i setuju.. if u suruh orang lain guna tangga, why not yang tolak stroller je naik lift yang lain guna tangga..
stroller 1 tapi bukan perlu 2 3 orang pun tolak..
pastu suruh orang lain guna tangga demi satu family dia nak naik lift..
guna la tangga then jumpa kat level yang korang nak pegi..

dia pun sama pemalas lagi nak mengata orang lain
Quote arm_band 12-4-2019 01:49 PM
ye la, korang masa kecik-kecik dulu pun mereput kat rumah je kan, mana ada mak bapak bawa jalan-jalan, sebab tu suruh parents yang ada anak kecik ni duduk rumah je kan

masa anak kecik2 dulu pun aku sirap jugak. dah la memang jenis meronda sorang ngan anak2, naik lrt pulak tu. mereput nak tunggu lif.. sudahnya 2x je aku pakai stroller. lepas-lepas tu, aku dukung je si kecik, si kakak pimpin dia jalan.

pernah sekali dua2 tertidur dalam tren, masak woi nak dukung 2 orang....

tapi sekarang ni dua2 dah besar, kurang pulak berjalan dalam mall hahahh
Quote ikanmasin 12-4-2019 01:50 PM
akk plg malas nak naik lif..
Quote salmon-suki 12-4-2019 02:02 PM
Aiolzs penah tgk satu parents ni,anak2 toddler and sorg infant..stroller bwk dua..satu ltk infant tu,ai tak kisah laa..and another stroller ltk brg2 shopping..i was like...hmmm....ape motip?toddler tu sepatutnya dah dilatih utk berjalan ler..bwk stroller utk infant jelaa..

Dunno why bwk 2..semata2 utk ltk brg shopping?troli kan ada..
Quote Cyempaka 12-4-2019 02:07 PM
walopun aku andartur tak de anak, tp aku paham perasaan mak pak sorong stroller kat mall ni. kejam nya orang2 zaman sekarang. kalo tgk budak2 muda je yg komen cakap pandai ni.  padahal esok2 kau ada anak, kau pun buat mcm tu jgk kan.
yg sekor tu bleh komen tak kan dukung anak pun rasa terbeban katanya... kau tunggu ada anak nanti, tengok larat ke tidak dukung anak lama2. sembang macam bagus je.

aku ok je tgk orang bawak baby ke mall. tapi yang jenis tolak stroller ke pasar malam / pasar ramadan / jalan tar... tu aku xok  
Quote salmon-suki 12-4-2019 02:07 PM
arm_band replied at 12-4-2019 01:49 PM
ye la, korang masa kecik-kecik dulu pun mereput kat rumah je kan, mana ada mak bapak bawa jalan-jala ...

Time dlu parents dukung anak2..y toddler age suh jalan..pndai2 ler kawal anak drpd berkeliaran...parents nowadays mmg manja,based on my observation dgn org terdekat aiolzs laa,toddler aged 2yo pn masih ltk dlm stroller..hmmmmm....not a good practice imo
Quote Rainora 12-4-2019 02:26 PM
I pun bawa stroller juga. Stroller I terpaksa guna utk anak dan shopping bags. Tapi kalau tunggu lift tak pernah pun rasa diri ni lebih penting dari orang yg tunggu lebih awal. First come first serve basis. Begini jela, klu rasa nak cepat cakap trus, I am sure orang lain boleh faham dan bagi keutamaan. Kemudahan lift ni disediakan utk semua bukan utk org bawa stroller je.
Quote RatuDunia94 12-4-2019 02:30 PM
Pd iols.. kalau benda tu menyusahkan iols.. mmg iols x kan buat.. unless mmg urgent..  
Quote syadq 12-4-2019 02:35 PM
Masalah sebenar - lif tak cukup dan lif lembab.
Quote seri_mawr 12-4-2019 02:40 PM
klu dekal mall...mmg ada tuliskan keutamaan tuk mak2 dgn stroller...
klu bawka stroller mana boleh guna escalator....
yang korang takde stroller tu naik jek la escalator....

akupernha nmpk parents ni dekat mall ada dua stroller anak2 kecik lagi..dua2 kecik...dia mmg dah awal...tapi nitizen tetap la x bg dia ruang...kesian pulak aku tgk..sudahnya aku ckp u masuk jek lif n going down first than go up....sbb lif turun kosong..lif naik penuh...

rakyat malaysia skrg dah kurang rasa rasa hormat menghormati sesama insan...lebih kepada pentingkan diri sendiri...

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.045756 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top